Brunei Batalkan Hukuman Rejam LGBT?

Brunei Batalkan Hukuman Rejam LGBT?

Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dikatakan telah melanjutkan moratorium ke atas hukuman mati untuk undang-undang melarang homoseks.

Kerajaan Brunei sebelum ini memperkenalkan undang-undang syariah yang lebih tegas, termasuk hukuman rejam sehingga mati ke atas pesalah zina dan hubungan seks sejenis . Hukum hudud itu akhirnya dikuatkuasakan sepenuhnya pada awal April lepas.

Namun keputusan terbaharu Baginda Sultan agak mengejutkan, dikala umat Islam seluruh dunia menyokong dan mengangkatnya sebagai  pemimpin Islam yang tegas dan perlu dicontohi.

BacaHudud: Brunei Mula Hukum Rejam Gay Dan Penzina

Desakan dari selebriti luar?

George Clooney dan Elton John mendesak semua pihak memulaukan hotel pemilik Brunei. Foto Japantimes

Meskipun berdepan dengan kecaman di peringkat global, Sultan Brunei pada awal bulan lalu dilihat tidak mengendahkan kritikal dunia.

Namun ia dilihat semakin hangat bila beberapa selebriti antaranya George Clooney dan Elton John mengecam tindakan Brunei serta mendesak semua pihak memulaukan hotel milik Brunei.

Negara terkecil di Asia Tenggera itu mencetuskan kemarahan ramai selepas melaksanakan undang-undang syariah pada 3 April lalu dengan menjatuhkan hukuman mati terhadap pesalah rogol, zina dan liwat serta rejam.

Brunei berterusan mempertahankan haknya melaksanakan undang-undang syariah sejak kali pertama diperkenalkan pada 2014. Namun, sejak itu undang-undang terbabit dibatalkan secara berperingkat.

Bagaimanapun, dalam respons kritikan terhadap negara itu, baginda memaklumkan hukuman mati tidak akan dilaksanakan dalam Perintah Kanun Keseksaan Syariah (SPCO).

Beberapa jenayaah membawa hukuman mati di Brunei termasuk pengedaran dadah, namun belum ada hukuman dilaksanakan sejak 1957.

Sumber: HarianMetro

Ikuti kami di :