Pesawat Rusia Terbakar, Lebih 40 Maut [Video]

Pesawat Rusia Terbakar, Lebih 40 Maut  [Video]

Seramai 41 orang dikhuatiri maut termasuk dua kanak-kanak dalam satu insiden penerbangan apabila sebuah pesawat komersial gagal melakukan pendaratan kecemasan di sebuah Lapangan Terbang Antarabangsa Sheremetyevo di sini awal pagi tadi.

Pesawat Aeroflot’s Sukhoi Superjet 100 yang membawa 78 penumpang termasuk anak kapal itu kelihatan terbakar sebelum melakukan pendaratan cemas di lapangan.

Pesawat itu dilaporkan dalam perjalanan ke bandar Murmansk.

Lapangan terbang tersebut dalam satu kenyataan berkata, pesawat itu terpaksa berpatah balik akibat gangguan teknikal yang masih belum jelas puncanya.

Ikuti kami di :