
Menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, hampir setiap tahun pelbagai trend dan gaya baju Melayu akan dipamerkan oleh pereka fesyen tanah air bagi memenuhi cita rasa pelanggan.
Rekaan yang dihasilkan tidak semestinya serasi dengan sesuatu acara, malah ada kalanya menimbulkan kontroversi dan dilihat agak melampau.
Jika sebelum ini fesyen kurta ala Superman mendapat kritikan pelbagai pihak, terbaharu satu lagi rekaan baju Melayu ala baju kelawar tular di Facebook.
Rekaan baju Melayu kembang itu mendapat kecaman netizen dan mencetuskan perdebatan susulan dakwaan ia telah merosakkan imej pakaian traditional kebanggaan orang Melayu itu.
Apamacam…Baju Melayu macamni bolehker??
Boleh cover perut ni dengan ambik balang juih raya sedap dekat rumah kawan-kawan ni, huhu 😂😂
Tak sesuai untuk yang suka Slim Fit pic.twitter.com/hGNunYxtHC— cuti-cuti kaki travel 🇲🇾 (@IsskndarAriffin) May 3, 2019
Berdasarkan beberapa gambar yang dimuat naik di laman Facebook Aliff Channel, baju Melayu itu direka dengan ukuran lebar pada bahagian lengan dan senteng pada bahagian badan.
Apabila baju-baju tersebut diperagakan oleh model-model lelaki dan wanita, netizen menggambarkan ia seolah patung orang-orang di sawah padi, selain menggelarkan ia fesyen “tutup perut.”
Bagaimanapun, tidak diketahui tujuan baju Melayu versi itu direka dan siapa pereka fesyennya.
Ikuti kami di :