Gagal Pecahkan Telur Di Kepala PM Australia [Video]

Gagal Pecahkan Telur Di Kepala PM Australia

Perdana Menteri Australia Scott Morrison menjadi mangsa kedua baling telur ketika kempen pilihan raya, hari ini.

Kejadian yang disiarkan di televisyen itu menunjukkan seorang penunjuk perasaan wanita datang dari belakang Morrison dan cuba pecahkan telur di atas kepalanya.

Bagaimanapun, ianya gagal apabila telur itu tergolek dan pengawal keselamatan segera mengheret keluar wanita berusia 25 tahun terbabit.

Morrison dilihat menggosok kepalanya, kemudian membantu seorang warga emas wanita yang terjatuh disebabkan insiden itu..

Insiden itu berlaku ketika lawatan Morrison ke Albury di New South Wales yang mana seorang calon bebas menjadi pilihan penduduk luar bandar.

Wanita terbabit memberitahu wartawan tindakannya cukup jelas dan merujuk Pulau Manus di Papua New Guinea yang sekian lama dijadikan Australia sebagai pusat tahanan pelarian.

Pada Mac lalu, seorang remaja lelaki pecahkan telur di atas kepala Senator Fraser Anning.

Ikuti kami di :