Ini 5 Lagu Ramadhan Terbaik Sepanjang Zaman

Ini 5 Lagu Ramadhan Terbaik Yang Selalu Kita Dengar

Pertama sekali marilah kita mengucapkan syukur kerana telah diberi peluang untuk bertemu lagi dengan bulan Ramadhan. Ramadhan kali ini telah tiba awal bulan Mei dan sudah semestinya kita akan menyambut Syawal pada awal bulan Jun.

Kita sudah terbiasa dengan lagu-lagu raya bila menjelang Syawal. Banyak lagu-lagu raya yang popular dan kekal terbaik sepanjang zaman. Tetapi bagaimana pula dengan lagu untuk bulan Ramadhan? Adakah anda selalu dengar lagu Ramadhan setiap hari?

Untuk itu kami senaraikan 5 lagu Ramadhan popular yang selalu kita dengar dan bolehlah dianggap sesuai sepanjang zaman.

1. Maher Zain – Ramadan (Malay / Bahasa Version)

Sudah semestinya lagu Ramadhan dari Maher Zain ini menjadi pilihan utama kami. Lagu yang diterbitkan Awakening Records pada 2013 ini mempunyai 3 versi bahasa iaitu, Bahasa Arab, Inggeris dan Bahasa Melayu.

Dengan melodi yang segar walaupun mendayu-dayu lagu ini menceritakan masej yang sangat jelas iaitu kerinduan terhadap bulan Ramadhan. Lagu ini telah memperoleh 8 juta tontonan di Youtube sejak dimuat naik pada 2013.

2. Opick – Ramadhan Tiba

Lagu nyanyian Opic ini dalah dari album Cahaya Hati. Ia merupakan album  keempat karya Opick. Album yang mula dilancarkan pada tahun 2008 menampilkan beberapa lagu popular dari Opic antaranya Cahaya Hati, Ya Nabi Salam dan Ramadan Tiba.

Lagu Ramadhan tiba ini telah memperoleh 7 juta tontonan sejak ia mula dimuat naik pada 2015.

3. Harapan Ramadhan – Raihan feat. Man Bai

Tidak banyak maklumat yang kami jumpa mengenai lagu ini. Namun yang pasti lagu ini adalah dari kumpulan Raihan dengan penampilan khas dari Man Bai.

Lagu dari album ‘Maafkan’ kumpulan Raihan ini sudah berusia 11 tahun sejak video ini dimuat naik di Youtube dengan 2 juta tontonan.

Namun kami percaya anda pasti pernah mendengar lagu ini di radio.

4. Hijjaz- Ramadhan Bulan Berkat

Nama kumpulan Hijjaz tidak asing lagi sebagai sebuah kumpulan nasyid yang terkenal hingga sekarang. Hijjaz juga tidak melepaskan peluang bagi menghasilkan lagu nasyid mengenai Ramadhan.

Maka terhasillah muzik video yang dimuat naik pada 2009 sebuah lagu yang bertajuk Ramadhan Bulan Berkat. Lagu ini juga sering dimainkan di radio.

5. Orkes El Surayya –  Ramadhan

Bagi kami lagu ini perlu ada ketika hampir waktu untuk berbuka. Dengan alunan irama padang pasir yang ceria dan bersemangat sudah pasti lagu ini termasuk dalam senarai antara lagu Ramadhan popular sepanjang zaman.

Sedikit info bagi mereka yang tidak mengenali kumpulan legend ini terutama generasi sekarang. Orkes Musik El Suraya merupakan satu kumpulan nasyid dari Kota Medan yang ditubuhkan pada 1977 dan bergiat aktif sehingga 1990.

Orkes musik El Suraya membawa lagu-lagu yang banyak dipengaruhi oleh kebudayaan Arab dan India. Orkes Musik El Suraya membawa lagu lagu yang bercorak ketuhanan dan lirik-lirik lagu yang baik.

Antara lagu yang membuatkan Orkes El Suraya meletup dan meningkat naik ialah lagu Selimut Putih  dan Lambaian Kaabah yang diterbitkan sekitar 1977. Lagu berkenaan telah membawa nama Orkes El Suraya hingga ke Thailand, Brunei dan juga Malaysia.

Ikuti kami di :