
Sebuah pesawat Air France dari Paris ke Mumbai telah hilang dari radar selepas pesawat itu tiba-tiba menuju ke Isfahan, Iran.
Kawalan trafik udara FlightRadar24 berkata isyarat pesawat penerbangan AF218 itu hilang dari radar, mencetuskan panik.
Bagaimanapun, pesawat tersebut akhirnya mendarat dan disahkan selamat.
“Ya, mendarat dengan selamat,” kata FlightRadar24 menerusi Twitternya, pada Rabu malam.
Menurut FlightRadar24, sebuah mesej ralat mengatakan, “Penerbangan tidak dijumpai. Penerbangan AF218 tidak dikesan oleh Flightradar24, sama ada luar dari liputan atau telah mendarat.”
#AF218, Paris-Mumbai, descending near Isfahan and squawking 7700. Reason unknown at the moment. https://t.co/pMtRHNoevF pic.twitter.com/3nGBYJfmuY
— Flightradar24 (@flightradar24) May 8, 2019
The flight landed in Isfahan. We track each aircraft via its transponder. Other sites may be using estimated tracking based on planned or scheduled times. Thanks!
— Flightradar24 (@flightradar24) May 8, 2019
Rekod juga menunjukkan pesawat tersebut terbang dari Perancis melalui Eropah dan Asia barat.
Juruterbang pesawat sebelum itu, mengeluarkan kod kecemasan ‘7700 squawk’ sebelum ‘hilang’ di kawasan kaki gunung Iran.
Pesawat itu bertolak dari Paris pada 11:21 pagi waktu tempatan dan dijadualkan tiba di Mumbai pada tengah malam.
Menurut kenyataan dari Air France, pesawat penerbangan AF218 ditukar haluan ke Isfahan berikutan kegagalan pada sistem pengudaraan dalam pesawat tersebut.
Sumber: Awani
Ikuti kami di :