Nuuk, Greenland : Jangka Masa Berpuasa 21 Jam Sehari

Nuuk, Greenland : Jangka Masa Berpuasa 21 Jam Sehari

Jangka masa berpuasa di Malaysia adalah selama 13.5 jam sehari manakala di negara jiran seperti Jakarta, Indonesia jangka masanya hampir sama iaitu 13 jam.

Bagi umat Islam di negara-negara seperti Mexico, Sudan dan Yemen, mereka perlu berpuasa antara 14 hingga 15 jam.

Umat Islam di negara-negara seperti Kuwait, Qatar, India dan Bahrain pula akan berpuasa selama 15 hingga 16 jam.

Tempoh puasa selama 16 hingga 17 jam pula adalah di negara-negara seperti Syria, Afghanistan, Maghribi, Mesir, Palestin, Tunisia dan Pakistan.

Tahukah anda ada negara yang jangka waktu berpuasanya lebih 20 jam?

Di Nuuk, Greenland, misalnya jangka masa berpuasa adalah hingga 21 jam sehari.

Data dikeluarkan menunjukkan waktu puasa terpanjang adalah 21 jam 42 minit di wilayah autonomi Denmark itu yang terletak antara Atlantik Utara dan Lautan Artik.

Penduduk Islam di negara pulau itu hanya mempunyai tempoh 2 jam 18 minit untuk berbuka dan kembali berpuasa.

Hari pertama berpuasa di negara itu adalah selama 19 jam 35 minit dan hari terakhir adalah selama 21 jam 42 minit.

Selain Nuuk, dua lokasi lain yang merekod jangka masa berpuasa paling lama ialah di Oslo, Norway dan Stockholm, Sweden iaitu 20 jam.

Perbandingan jangka waktu berpuasa di seluruh dunia :

 

Ikuti kami di :