Seorang rentung, empat sesak nafas bot mewah terbakar

Seorang rentung, empat sesak nafas bot mewah terbakar

Seorang lelaki warga Indonesia rentung manakala empat yang lain mengalami sesak nafas selepas sebuah bot mewah yang berada di kawasan pembaikan bot di Bukit Malut, Langkawi terbakar, semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Balai Bomba Penyelamat (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba II Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 2.56 pagi semalam, dan bergegas ke tempat kejadian.

“Ketika kejadian empat lelaki dan seorang wanita Indonesia yang merupakan pekerja sedang berada di dalam bot mewah dua tingkat berkenaan. Apabila sampai di tempat kejadian, api sedang marak dan ia berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 8.25 pagi.

Seorang lelaki warga Indonesia rentung manakala empat yang lain mengalami sesak nafas selepas sebuah bot mewah yang berada di kawasan pembaikan bot di Bukit Malut, Langkawi terbakar.

“Empat mangsa yang mengalami sesak nafas telah dibawa ke Hospital Sultanah Maliha, Langkawi untuk rawatan lanjut dan operasi mencari seorang lagi mangsa yang hilang telah dijalankan (sehingga hari ini),” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, bomba terpaksa menggunakan mesin pengorek bagi membantu mencari mangsa berikutan terdapat banyak timbunan barang di dalam bot berkenaan dan Unit K9 (Unit Anjing Pengesan) telah dibawa ke lokasi.

“Mangsa yang rentung ditemui pada 7.12 malam tadi oleh Unit K9 dan kerja-kerja mengeluarkan mangsa dijalankan dan mayat dibawa ke hospital yang sama. Operasi selesai sepenuhnya pukul 8.16 malam,” katanya.

: BERNAMA

Ikuti kami di :