Benarkah Sejenis Ubat Yang ‘Viral’ Ini Mampu Merawat Resdung?

Benarkah Sejenis Ubat Yang ‘Viral’ Ini Mampu Merawat Redung?

Resdung, masih  ramai dikalangan kita yang masih keliru dengan penyakit resdung. Rasanya hampir setiap lapisan masyarakat tak kira dari apa jenis bangsa sekalipun tahu mengenai penyakit resdung.

Pelbagai teknik perubatan bagi merawat penyakit resdung, malah ada diantara pengamal perubatan resdung digelar sebagai ‘bomoh resdung’ menggunakan pelbagai kaedah bagi merewat resdung.

Ada penjelasan saintifik mengenai penyakit resdung, tidaklah boleh mengatakan atau terus menghukum kaedah rawatan resdung yang sudah berzaman diamalkan sebagai satu kaedah yang karut. Ia tidak lain adalah satu ikhtiar bagi merawat penyakit.

Sejak kebelakangan ini, ramai yang cenderung kepada rawatan yang lebih mudah dan moden iaitu dengan memakan sejenis ubat yang dikatakan mampu untuk merewat resdung.

Namun, benarkah kaedah ini berkesan? Untuk artikel kali ini, kami telah memetik satu sumber yang dikongsi oleh sebuah klinik yang membincangkan perihal sejenis ubat yang dikatakan boleh merewat resdung.

Mari kita ikuti perkongsian ini.

Ramai yang cadangkan sejenih ubat ini untuk rawatan resdung malah telah viral pun. Ubat ini dinamakan sebagai loratadine.

Tapi kalau beli di farmasi nama jenamanya adalah clarytine. Ubat ni memang selalu digunakan untuk merawat resdung. Pendek kata kalau dekat hospital tu, kalau doktor merawat kanak-kanak yang ada resdung tu, rawatan pertama yang akan dicuba adalah ubat ini.

Apa itu Resdung?

Resdung dalam istilah perubatan dipanggil sebagai Allergic rhinitis. Jadi, ia adalah penyakit alahan. Kalau salah makan, hidung beringus, tersumbat, selalu bersin dan juga hidung gatal.

Ini disebabkan bila tersalah makan, makan makanan yang sesorang itu alah padanya, badan akan menghasilkan satu kompaun bernama histamin.

Histamin inilah yang akan menyebabkan simptom resdung berlaku.

Kenapa guna ubat larotadine?

Ubat ini adalah sejenis anti-histamin bermaksud dia melawan kesan histamin yang menyebabkan simptom resdung.

Loratadine ini adalah generasi kedua antihistamin yang boleh mengelakkan beberapa kesan sampingan ubat histamin generasi pertama yang selalunya menyebabkan rasa mengantuk.

Tetapi ada juga sesetengah individu yang akan mengalami kesan sampingan yang sama.

Perlu diingatkan bahawa terdapat pelbagai lagi rawatan resdung. Yang pastinya, rawatan sedut habuk kayu ataupun asap pada hidung tidak akan menghilangkan masalah alahan pada seseorang.

Jika anda mengalami resdung yang melampau, adalah lebih baik berada di bawah pantauan doktor.

Untuk pertanyaan lebih lanjut, sila datang ke klinik atau boleh hubungi KLINIK AVICENNA – 049176003

Sumber : Klinik Avicenna

Ikuti kami di :