Ini Sebab Kenapa Gambar Anak Tidak Perlu Dikongsi

Ini Sebab Kenapa Gambar Anak Tidak Perlu Dikongsi

Sebagai ibu bapa, sudah semestinya menjadi satu tanggungjawab dalam memastikan keselamatan anak-anak dari perkarta yang tidak diingini berlaku.

Namun, tanpa disedari ramai ibu bapa telah melakukan satu kesalahan besar yang boleh mengundang risiko anak-anak mereka diculik.

Walupun perkara sebegini nampak remeh tetapi itulah yang sering dilakukan.

Tahukah anda? kajian menunjukkan, menjelang usia anak 5 tahun ibu bapa secara puratanya telah berkongsi lebih 1500 gambar anak!

Ya, semua ibu bapa memang teruja untuk berkongsi kecomelan anak masing masing, tetapi tahukah anda, bukan semua jenis gambar anak wajar dikongsi.

PDRM baru baru ini melaporkan mengenai kehilangan 834 kanak kanak yang tidak dapat dikesan sehingga ke hari ini.

Berhati hati, “Predator” atau pemangsa yang berada diluar sana MUNGKIN sedang memerhatikan anak anda.

Elakkan berkongsi maklumat lengkap anak seperti lokasi sekolah, nama, identiti dan maklumat peribadi lain.

Ini mungkin memudahkan “pemangsa” untuk menjejak anak anda dan memanipulasikan maklumat peribadi untuk tujuan jenayah.

Jangan hidangkan golongan peadophilia dengan santapan gambar gambar anak anda yang bogel atau separa bogel. Simpan momen indah tersebut untuk tatapan peribadi.

Selain itu, gambar yang berusur penderaan, penindasan, keganasan malah gambar yang memalukan anak juga tidak perlu dikongsi kepada umum.

Ketahuilah, suatu hari nanti mereka akan meningkat dewasa.. pasti mereka enggan momen yang memalukan itu dikongsi.

Akhir sekali, semak tetapan privasi akaun anda dan berhati hati untuk “menerima” rakan yang tidak dikenali di media sosial.

Sumber: PublicHealthMalaysia

Ikuti kami di :