Masjid Jamek Pengkalan Hulu Dapat Pujian Netizen Tanam 2000 Pokok Cili Untuk Jana Pendapatan Masjid

Masjid Jamek Pengkalan Hulu Dapat Pujian Netizen Tanam 2000 Pokok Cili Untuk Jana Pendapatan Masjid

Berbudi pada tanah merupakan satu amalan yang mulia dan sangat dituntut, apatah lagi jika kita berbudi pada tanah di rumah Allah.

Itu yang dilakukan oleh sebuah Masjid Jamek yang terletak di pengkalan Hulu, Perak. Inisiatif Ajk masjid dan juga ahli khariah menanam hampir 2000 pokok cili di perkarangan masjid telah mendapat pujian netizen.

Masjid Jamek Pengkalan Hulu ini juga dinobat sebagai Masjid tercantik dan bersih untuk seluruh negeri Perak.

Masjid yang telah dirasmikan pada November 2012 oleh Pemangku Raja Perak ketika itu, Raja Dr Nazrin Shah, telah siap sepenuhnya dan mula dibuka pada November 2011.

Pembinaan Masjid yang mengambil masa 2 tahun ini berkeluasan 1.5 hektar boleh memuatkan hingga 2,000 jemaah pada satu-satu masa dengan kos pembinaan sebanyak 6 juta ringgit hasil sumbangan daripada kerajaan Pusat, kerajaan negeri dan juga derma orang ramai.

Sumber: PerakPress

Ikuti kami di :