Dilambung Ketika Bermain, Budak Dua Tahun Maut Terkena Kipas Siling

Dilambung Ketika Bermain, Budak Dua Tahun Maut Terkena Kipas Siling

Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut akibat dilambung sehingga kepalanya terkena kipas siling di rumahnya dalam kejadian di Tasik Tambahan Ampang, di sini, Ahad lalu.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 10 malam ketika sepupu lelaki mangsa yang berusia 25 tahun sedang bermain dan melambung mangsa yang sedang menangis.

Perbuatan itu mengakibatkan kanak-kanak itu telah terkena kipas siling menyebabkan kecederaan di bahagian kepala mangsa. Sejurus kejadian, ibu mangsa dan abangnya terus membawa mangsa ke Hospital Ampang untuk mendapatkan rawatan.

Dua hari selepas itu, pihak hospital mengesahkan mangsa telah meninggal dunia pada pukul 10.57 malam. Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan bedah siasat yang dijalankan hari ini mendapati kematian disebabkan kecederaan teruk di kepala akibat trauma benda tumpul

Suspek lelaki warga Myanmar berusia 25 tahun yang juga sepupu mangsa telah ditahan di perkarangan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya pada pukul 1.15 petang semalam.

Siasatan juga telah dijalankan di tempat kejadian iaitu bahagian dapur rumah teres dua tingkat di Tasik Tambahan Ampang, di sini.

Suspek kini ditahan reman tujuh hari bermula hari ini sehingga Selasa depan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sumber: UtusanOnline

Ikuti kami di :