Durian Tahi Gajah: Durian Paling Mahal Di Dunia

Durian Tahi Gajah: Durian Paling Mahal Di Dunia

Rakyat Malaysia sekarang sedang dilanda musim durian, maka tidak hairanlah kalau ramai netizen berkongsi foto mereka sedang enak menikmati durian di laman sosial.

Sudah banyak gerai-gerai menjual durian yang anda boleh jumpa. Anda Cuma perlu memilih gerai mana dan jenis buah apa yang anda suka. Dari segi harga sudah semestinya ada yang mengadu terlalu mahal.

Kalau di Utara tanah air durian Batu Kurau yang terkenal itu dijual dengan harga Rm20 hingga Rm11 ringgit sekilogram.

Tahukah anda suatu ketika dahulu durian paling mahal yang pernah dijual dengan harga Rm1000 ringgit untuk sebiji durian. Dan apa yang menariknya durian ini bukanlah durian yang biasa tetapi ia datang dari tahi gajah.

Walaupun kedengaran agak aneh namun durian tahi gajah pernah menjadi rebutan suatu ketika dahulu hingga harganya mencecah ribuan ringgit setiap biji.

Memetik satu temubual dari akhbar Harian Metro, Pegawai Pertanian Daerah Segamat, Nur Akmal Abdullah, berkata, kewujudan durian itu bukan gurauan sebaliknya pernah popular di daerah Segamat sekitar 1980-an.

Suatu ketika dahulu, durian tahi gajah popular dikalangan tauke-tauke balak di Segamat. Gambar hiasan

“Difahamkan durian itu kemudian akan dikutip oleh individu yang mengekori gajah itu sebelum ia dibersihkan.

Durian ini kemudian dibeli oleh ‘tauke balak’ yang sanggup membayar mahal untuk merasai durian ini.

“Durian ini dianggap istimewa kerana mengalami proses pencernaan di dalam perut gajah. Pembeli biasanya percaya ia mempunyai khasiat yang tidak dimiliki durian lain,” katanya.

Durian tahi gajah adalah durian yang ditelan bulat-bulat oleh gajah liar sebelum dibuang bersama najisnya.

Penasihat Malaysia Nature Society cawangan Johor, Vincent Chow pernah mendengar kewujudan durian unik ini dari temannya seorang tauke balak dan penduduk orang asli.

Masyarakat Jakun di hutan-hutan Malaysia akan mengikuti gajah yang baru lepas menelan banyak durian. Mereka mengambil risiko mengikuti binatang mamalia ini sekurang-kurangnya selama empat jam – tempoh yang diperlukan haiwan itu untuk mencerna durian – sebelum buah yang tak tercerna itu keluar bersama kotoran.

Tauke balak ini selalu menempah durian tahi gajah ini pada Orang Asli selama musim durian. Kerana stoknya yang sedikit dan sukar didapati, mereka sanggup membayar RM1,000 demi memenuhi selera mereka.

“Menurut warga tempatan, bau kotoran gajah seperti teh, tidak busuk seperti haiwan lain.” Durian yang belum tercerna itu juga dikatakan tidak mengandungi kotoran dan bakteria. Tauke balak itu mendakwa durian itu akan menjadi makanan pembangkit ghairah seksual – setelah melalui proses pencernaan gajah.

Walupun tiada bukti saintifik yang menyokong dakwaanya itu, permintaan ‘Durian Tahi Gajah’ semakin tinggi dan harganya terus meningkat.

Sumber: HarianMetro 

 

Ikuti kami di :