Malaysia Paling Banyak Jual Rokok Seludup Di Dunia

Malaysia Paling Banyak Jual Rokok Seludup Di Dunia

Dalam satu pembentangan Persidangan Meja Bulat Isu Penjualan Rokok Seludup di Malaysia semalam mendapati, sebanyak 60 peratus pasaran rokok di negara ini dikuasai sindiket penyeludupan membabitkan RM5 bilion kerugian pendapatan cukai tidak terkutip.

Pengarah Perundingan Kesan Ekonomi dari Oxford Economics berpangkalan di United Kingdom (UK) Pete Collings berkata, statistik itu menunjukkan Malaysia adalah negara paling ditembusi di dunia membabitkan rokok seludup.

Berdasarkan kajian senario rokok seludup paling teruk berlaku di Malaysia timur apabila pasaran rokok seludup dijuarai Sarawak yang mencatatkan penembusan 83.5 peratus diikuti Sabah 81.3 peratus.

Di Malaysia barat, penembusan pasaran rokok seludup tertinggi berlaku di tiga negeri pantai timur iaitu Kelantan membabitkan 78 peratus diikuti Terengganu sebanyak 76.5 peratus dan Pahang mencatatkan 72.5 peratus penguasaan.
Panel pada persidangan itu Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Datuk Seri Akhbar Satar, Atase Siasatan Jenayah bagi Perkhidmatan Hasil Dalam Negeri di Konsulat Amerika Syarikat (AS) Hong Kong, David Lum, bekas Atase Kastam UK, Kenneth Head dan Pengarah Urusan Kumpulan Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF), Datuk Charon Wardini Mokhzani. Foto Harian Metro

Di Malaysia barat, penembusan pasaran rokok seludup tertinggi berlaku di tiga negeri pantai timur iaitu Kelantan membabitkan 78 peratus diikuti Terengganu sebanyak 76.5 peratus dan Pahang mencatatkan 72.5 peratus penguasaan.

Negeri tertinggi di pantai barat dikuasai pasaran rokok seludup adalah Selangor (56.4 peratus), Kedah (55.2 peratus), Pulau Pinang (54.5 peratus), Melaka (52.4 peratus), Kuala Lumpur (50.8 peratus), Perak (46.2 peratus), Johor (43.9 peratus), Negeri Sembilan (43.6 peratus) dan Perlis (39.3 peratus).

Persidangan itu juga antara lain membincangkan tentang penubuhan badan bebas bagi mengetuai pasukan petugas khas dalam menangani penjualan rokok seludup dan ia perlu disegerakan.

Sumber: OxfordEconomics

Ikuti kami di :