Gelongsor Taman Tema Escape Pulau Pinang Terpanjang Di Dunia Akan Dibuka Ogos Ini

Gelongsor Taman Tema Escape Pulau Pinang Terpanjang Di Dunia Akan Dibuka Ogos Ini

Taman Tema Escape Pulau Pinang bakal tampil dengan gelongsor air terpanjang yang baharu. Dan ia merupakan antara gelongsor air yang terpanjang di dunia iaitu mencecah 1km panjang.

Untuk pengetahuan anda, Action Park di Vernon New Jersey, United States masih lagi merupakan pemegang rekod gelongsor air terpanjang di dunia dengan ukuran panjang 600 meter. Namun, rekod tersebut bakal bertukar tangan apabila gelongsor air berukuran 1,140 meter akan mula dibuka kepada orang ramai di Taman Tema Escape Pulau Pinang di Teluk Bahang Ogos ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Taman Tema Escape Pulau Pinang, Sim Choo Kheng, gelongsor dengan ketinggian 70 meter itu dijangka siap pada fasa ketiga ‘Gravity Play’, hujung bulan depan dan akan mengatasi rekod dunia 0.602 kilometer milik taman tema Action Park di Vernon, New Jersey, Amerika Syarikat pada 2015.

Malah, menurut beliau, gelongsor tersebut dibina di kawasan bukit menghubungkan taman permainan ‘Adventure Play’ dan ‘Water Play’ dan wakil daripada Guinness World Records akan hadir untuk meneliti kelengkapannya sebelum memberi pengiktirafan dunia.

Pastinya perkara ini akan membuat anda teruja dan bakal menarik ramai pelancong ke sana dan dapat memberi manfaat kepada masyarakat sekitar. Marilah kita sama-sama nantikan pembukaan gelongsor ini.

Sumber: HarianMetro

Ikuti kami di :