Pencemaran Udara Pasir Gudang: Netizen Berang Episod Sama Berulang

Pencemaran Udara Pasir Gudang: Netizen Berang Episod Sama Berulang

Pada hari Khamis 20 Jun lalu, negara dikejutkan kembali dengan berita sebilangan pelajar sebuah sekolah di Pasir Gudang, Johor mengalami simptom muntah dan sakit kepala akibat terhidu gas beracun.

Skrip yang sama dari apa yang pernah berlaku sebelum ini di Pasir Gudang, berpunca dari pembuangan sisa toksik secara haram di sungai Kim-Kim.

Kejadian 20 Jun petang Khamis itu mengakibatkan seramai lima pelajar Sekolah Agama Taman Mawar, Pasir Gudang, dikejarkan ke wad kecemasan Hospital Sultan Ismail (HSI).

Kejadian ini telah memberikan satu impak besar kepada tahap keselamatan di kawasan yang terjejas yang dilihat sebagai sangat berisiko untuk kesihatan penduduk sekitar.

Pelbagai respon mula menghujani media sosial sejak kejadian tersebut berlaku. Rata-rata, warganet mempersolakan tahap keselamatan penduduk di kawasan terjejas. Sejauh mana ketelusan jaminan pihak berwajib yang sebelum ini mengesahkan Pasir Gudang telah ‘bebas’ sisa toksik?.

Respon rakyat dan NGO

Antara respon yang diberikan oleh pengguna media sosial terhadap kejadian itu di sebuah lama facebook sebuah NGO.

Dari sudut pandang netizen, pelbagai spekulasi dilontarkan atas rasa simpati dan tidak puas hati terhadap mangsa yang terjejas. Rakyat mula mempersoalkan peranan pihak berwajib dalam menangani kejadian ini. Sejauh mana pemantauan satu-satu badan perundangan dan juga penguatkuasaan terhadap kilang-kilang yang beroperasi di Pasir Gudang.

Pengguna media sosial turut juga mempersoalkan mengapa kilang yang terlibat masih beroperasi, dan jika benar kilang yang bertanggungjawab mengakibatkan risiko pencemaran apakah tindakan dan hukuman yang dikenakan keatas pemilik kilang berkenaan.

Menurut Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Isnaraissah Munirah pencemaran bau dan udara di Pasir Gudang yang berlaku sejak Khamis lalu berbeza dengan insiden pencemaran Sungai Kim Kim, sebelum ini.

Adalah diharapkan satu siasatan menyeluruh dilakukan bagi mengetahui punca sebenar tragedi ini berlaku. Malah, hukuman yang setimpal wajar dikenakan keatas mana-mana individu yang terlibat tanpa prejudis agar kejadian seperti ini tidak berulang lagi di masa hadapan.

Dalam pada itu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin mengakui terdapat ralat dalam kenyataannya mengenai pencemaran Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor.

Jelasnya, merujuk kenyataannya kepada media petang semalam berkenaan perkara tersebut, beliau ingin memperbetulkan beberapa fakta berikutan maklumat terkini yang baru diterima.

Zuraida membuat kenyataan bahawa kes terbaharu pencemaran udara yang berlaku di Pasir Gudang dipercayai berlaku akibat sisa bahan kimia semasa kejadian di Sungai Kim Kim belum dilupuskan sepenuhnya.

Sementara itu dalam satu sidang media, Menteri Besar Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal menafikan pencemaran bau yang menjejaskan penduduk di sekitar kawasan Pasir Gudang adalah disebabkan oleh insiden pencemaran sisa toksik di Sungai Kim Kim Mac lalu.

Menurut beliau, kesemua bahan sisa toksik yang dibersihkan daripada Sungai Kim Kim telah dilupuskan sepenuhnya oleh kontraktor yang telah dilantik bagi mengendalikan sisa tersebut.

Sahruddin berkata, sehingga kini pihaknya telah mengenal pasti sebanyak 30 kilang kimia yang disyaki menjadi penyebab kepada pencemaran bau yang menjejaskan penduduk di kawasan ini.

Dalam satu sidang media, Menteri Besar Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal menafikan pencemaran bau yang menjejaskan penduduk di sekitar kawasan Pasir Gudang adalah disebabkan oleh insiden pencemaran sisa toksik di Sungai Kim Kim Mac lalu.

Menurut beliau, kesemua bahan sisa toksik yang dibersihkan daripada Sungai Kim Kim telah dilupuskan sepenuhnya oleh kontraktor yang telah dilantik bagi mengendalikan sisa tersebut.

Sahruddin berkata, sehingga kini pihaknya telah mengenal pasti sebanyak 30 kilang kimia yang disyaki menjadi penyebab kepada pencemaran bau yang menjejaskan penduduk di kawasan ini.

Semua 475 institusi pendidikan dalam kawalan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di daerah Pasir Gudang diarah tutup serta merta mulai hari ini. Foto Awani

Berikutan kejadian terbaru yang menimpa penduduk Pasir Gudang, Sebanyak 475 institusi pendidikan dalam kawalan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di daerah Pasir Gudang diarah tutup serta merta mulai hari ini.

Secara kesimpulannya, mampukah kita sekadar melihat perkara ini terus berulang. Di mana perikemanusiaan manusia hingga sanggup melihat anak-anak yang tidak berdosa diusung untuk mendapatkan rawatan.

Di antara keburukan neoliberalisma, amat jarang  pemilik perniagaan (kilang) dikenakan tindakan sekiranya melakukan apa-apa kesalahan apabila melibatkan manusia. Lagi besar perniagaan, lagi mudah untuk mereka bebas (peniaga kecil bukan tergolong di dalam perniagaan sebegini).

Kejadian kali ini harus memberi iktibar kepada kita semua. Jika kita menggangu alam maka alam akan bertindakbalas. Ketamakan dan kesilapan arah politik-ekonomi, bukan sahaja ada poket yang terjejaskan, malah kini nyawa juga menjadi taruhan.

Ikuti kami di :