
JDT mengesahkan status Juara Liga Super 2019. Ini merupakan kejuaraan Liga Super ke-6 mereka – dan juga kejuaraan ke-6 berturut-turut selepas membenam Melaka di Stadium Hang Jebat.
Juara bertahan JDT bertandang ke Melaka, sehari selepas Pahang tewas 5-2 di tangan Selangor di Stadium Shah Alam semalam. Ini bermakna JDT memerlukan hanya 1 kemenangan untuk mengesahkan kejuaraan mereka pada musim ini.
Kedua-dua pasukan menyenaraikan pasukan terbaik yang mereka ada untuk perlawanan kali ini.
Dua gol pada separuh masa pertama yang dijaringkan oleh Nazmi Faiz Mansor dan penyerang import, Diogo Luis Santo sudah cukup untuk memberikan kelebihan 16 mata di hadapan pasukan Pahang sekaligus memberikan kejuaraan keenam berturut-turut untuk pasukan bimbingan Luciano Figueroa itu.
7'| GOL NAZMI FAIZ!
Nazmi Faiz Mansor membuka jaringan pertama pada malam ini selepas kekalutan dihadapan pintu gol Melaka! Tuan rumah ketinggalan ketika ini!@MelakaUnitedSA 0-1 @OfficialJohor #LigaSuper2019#MFLLive#MELJDT pic.twitter.com/VsnQnJG4Gg
— MFL LIVE (@MFL_Live) June 26, 2019
Nazmi membuka tirai jaringan seawal minit ke-7 apabila beliau merembat masuk bola selepas keadaan kucar-kacir di hadapan pintu gol Melaka.
Pada minit ke-27, Diogo menggandakan kelebihan JDT apabila membuat larian solo sekaligus menewaskan penjaga gol Melaka, Khairul Fahmi Che Mat. Kedudukan kekal 2-0 sehingga wisel penamat separuh masa pertama dibunyikan.
27'| GOL DIOGO!
Diogo menggandakan kedudukan buat JDT selepas kawalan bola yang baik dari beliau menghasilkan gol ke-10 beliau musim ini! @MelakaUnitedSA 0-2 @OfficialJohor #LigaSuper2019#MFLLive#MELJDT pic.twitter.com/YQKWOKzmoE
— MFL LIVE (@MFL_Live) June 26, 2019
Bersambung babak kedua, Melaka cuba bangkit namun barisan pertahanan JDT tenang mengawal setiap asakan yang diberikan oleh jentera serangan Melaka. Usaha bertali arus Melaka membuahkan hasil apabila Shukor Adan berjaya merapatkan kedudukan pada akhir separuh masa kedua.
Namun, jaringan Shukor tidak cukup untuk mengelakkan Melaka United daripada mengalami kekalahan sekaligus memberikan kejuaraan Liga Super musim ini kepada Johor Darul Ta’zim.
JDT muncul juara dimana masih berbaki empat lagi perlawanan Liga Super 2019.
❤️🏆🏆🏆🏆🏆🏆💙
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) June 26, 2019
Tahniah diucapkan kepada JDT, para pemain, staf kejurulatihan, para penyokong dan semua yang berkaitan – di atas kejayaan Liga Super 2019. Sekaligus mengukuhkan dominasi JDT lebih setengah dekad dalam Liga Super Malaysia.
Sumber: TheVocket
Ikuti kami di :