Cara Mudah Guna Asam Gelugur Untuk Kuruskan Badan

Cara Mudah Guna Asam Gelugur Untuk Kuruskan Badan

Asam gelugur atau nama botaninya Garcinia Cambogia juga dikenali sebagai Garcinia atroviridis merupakan sejenis tumbuhan liar yang banyak terdapat di negara-negara Asia terutamanya di Malaysia.

Maka tidak hairanlah jika asam gelugur banyak tercampak dalam menu masakan rakyat Malaysia. Selain sebagai rencah dalam masakan, asam gelugur juga dijadikan sebagai sumber ekonomi dan mempunyai nilai perubatan sejak turun temurun.

Anatomi buah asam gelugur berwarna kekuningan berbentuk seperti buah labu. Ekstrak garam kalsium Acid Hydroxy Citric (HCA) daripada asam gelugur terhasil dari cecair yang terdapat pada buahnya.

Ia tidak bertoksik, tanpa perasa, dan tidak berbau. Kandungan asam gelugur terdiri daripada 50% unsur aktif dan 70% HCA.

Tahukah anda bahawa HCA yang terdapat pada asam gelugur sangat membantu dalam mengekang nafsu makan? Malah, ia dipercayai dapat mempercepatkan penguraian lemak dalm tubuh.

HCA juga bertindak menghalang perubahan makanan bergula dan kibohidrat berubah menjadi lemak. Selain dapat meningkatkan serotonin yang mampu mengurangkan selera makan, asam keping juga boleh menurunkan berat badan dan mengempiskan lemak di perut.

Jadi, dapatlah disimpulkan bahawa amalan meminum air asam gelugur secara tak lansung boleh menguruskan badan. Jika  anda mahu menurunkan berat badan, kami sedikan ramuan yang sangat ringkas untuk anda cuba sendiri dan lihat kesannya.

Caranya:

– Cuci satu atau dua keping asam gelugur.

– Masukkan dalam segelas air panas.

– Biar beberapa jam sehingga asam keping kembang dan suam.

– Minum setiap pagi dan malam

– Jika diamalkan selalu, insya-ALLAH perut buncit akan kempis

Air asam gelugur juga digunakan untuk mengatasi masalah penghadaman. Anda cuma perlu minum air rendaman asam keping tadi apabila mengalami masalah sembelit atau cirit-birit. Antara khasiat lain yang terdapat pada air rendaman asam gelugur juga ialah merawat massalah kecacingan, mengecutkan Rahim untuk wanita selepas bersalin, menurunkan tekanan darah dan juga menurunkan suhu badan ketika demam.

Sumber: SinarHarian

Ikuti kami di :