Syed Mokhtar Beli Saham Media Prima 11.09% Dengan Nilai RM73.81 Juta

Syed Mokhtar Beli Saham Media Prima 11.09% Dengan Nilai RM73.81 Juta

Nama Syed Mokhtar sememangnya tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Sebagai pemegang saham di beberapa syarikat besar serta memiliki beberapa jumlah perniagaan meletakkan beliau antara Rakyat Malaysia yang memiliki jumlah kekayaan tertinggi.

Terbaru, beliau yang sebelum ini memiliki saham di Utusan Melayu Bhd dan The Malaysian Reserve telah membeli sebuah lagi saham syarikat media sebanyak 11.09% iaitu Prima Media Bhd dengan nilai RM73.81 Juta daripada parti politik UMNO.

UMNO masih memegang sebanyak 7.96% saham Media Prima

Berdasarkan pembelian saham terbaru ini, Tan Sri Syed Mokhtar kini berjaya menjadi pemegang ketiga saham terbesar Media Prima dimana UMNO masih lagi memegang jumlah saham sebanyak 7.96% selepas penjualan dibuat.

Media Prima memfokuskan kepada penyiaran empat rancangan di televisyen termasuk empat stesen radio. Selain itu, syarikat ini turut memberi penekanan kepada segmen digital khusus untuk pengiklanan.

Berdasarkan laporan kewangan suku pertama 2019, syarikat ini telah menanggung rugi sebanyak RM40.41 juta berbanding RM21.83 pada suku pertama tahun lalu dimana jumlah kerugian berpunca daripada penurunan kos pengiklanan serta penjualan surat khabar yang semakin rendah.

Berdasarkan perlantikan terbaru Datuk Syed Hussian Syed Junid sebagai pengerusi kumpulan Media Prima, diharap syarikat ini dapat kembali menunjukkan angka yang positif pada masa akan datang. Setakat artikel ditulis, saham Media Prima kini bernilai 48sen dengan permodalan pasaran bernilai RM532.48 juta.

Sumber: Thevocket

Ikuti kami di :