Kerap Batuk Berdarah, Rupanya Ada Lintah Dalam Tekak

Kerap Batuk Berdarah, Rupanya Ada Lintah Dalam Tekak

Seorang wanita yang mengadu asyik batuk berdarah selain rasa tidak selesa di tekak rupanya doktor mengesahkan terdapat seekor lintah yang ‘mendiami’ mulutnya.

Wanita itu, yang hanya mahu dikenali sebagai Wang, sebelum itu pergi membuat pemeriksaan di hospital tempatan di Guiyang, China.

Selain batuk berdarah, dia turut merasakan seolah-olah ada objek yang sentiasa bergerak pada bahagian tekaknya.

Pemeriksaan doktor mendapati seekor lintah pada bahagian saluran pernafasannya semasa menjalankan proses bronchos

Dalam satu rakaman video menggerunkan menunjukkan detik beberapa doktor menemui lintah berkenaan bergerak geliang-geliut di dalam tekak wanita berkenaan.

 

Imej berkenaan turut menunjukkan parasit dengan ukuran 1.2 inci sedang melingkar pada bahagian glotis yang berhampiran dengan peti suara.

Wanita berusia 65 tahun itu turut diminta menjalani pembedahan selepas doktor mengesahkan boleh berlaku kecederaan yang lebih serius sekiranya lintah itu dikeluarkan secara paksa.

Lintah berukuran sekitar 3 sentimeter itu ditemui di dalam salur udara tekaknya menggunakan alat perubatan dinamakan bronkoskopi.

Petugas-petugas perubatan kemudian membekukan lintah itu menggunakan ais kering dan mencabutnya daripada dinding tekak pesakit

“Dalam beberapa kes serupa melibatkan lintah sebelum ini, doktor-doktor mengeluarkan parasit itu dengan membekukannya,” kata Dr. Tao Hongmei .

Menurut doktor berkenaan, prosedur mengeluarkan lintah itu mengambil masa hanya enam minit.

Pesakit yang bekerja di sebuah kebun itu mempunyai tabiat minum air daripada mata air.

Tabiat tersebut boleh menyebabkan dia tertelan telur atau larva lintah yang kemudian menetas atau membesar di dalam tekaknya.

Sumber: DailyMail

Ikuti kami di :