Huawei P30 Kini Ditawarkan Dengan Harga Serendah RM1,999

Huawei P30 Kini Ditawarkan Dengan Harga Serendah RM1,999

Buat anda yang masih skeptikal dengan penggunaan telefon pintar jenama Huawei kerana dikhuatiri mempunyai masalah dengan sistem operasi Android, kini anda tidak perlu gusar kerana Donald Trump baru-baru ini telah mengumumkan penarikan semula sekatan terhadap jenama ini.

Berdasarkan harga terbaru Huawei P30, model ini dilihat masih releven dan berbaloi untuk dimiliki dimana anda boleh mendapatkannya dengan harga serendah RM1,999 di Shopee. Klik sini untuk mendapatkannya

Model berkenaan yang mula diperkenalkan pada penghujung Mac lalu dengan harga RM2,699, Huawei P30 dilihat berjaya menjadi antara telefon pintar pilihan ramai.

Dengan penawaran spesifikasi yang memukau serta harganya yang sedikit rendah berbanding telefon pintar flagship yang lain menjadikan P30 antara model yang menjadi pilihan.

Dari segi spesifikasi, Huawei P30 dilengkapi dengan skrin 6.1-inci OLED serta dikuasakan oleh processor Kirin 980 beserta 8GB RAM. Ruang storan 128GB yang disertakan bakal memudahkan untuk menyimpan segala data anda dengan mudah.

Perkara yang paling aling menarik perhatian ramai sudah pastinya gabungan tiga kamera pada bahagian belakang terdiri daripada lensa 40-megapixel, 16-megapixel serta 8-megapixel. Kamera pada bahagian hadapan pula disertakan dengan lensa 32-megapixel.

Ikuti kami di :