Kanak-Kanak 19 Bulan Maut Terminum Cecair Vape

Kanak-Kanak 19 Bulan Maut Terminum Cecair Vape

Vape merupakan salah satu alat terkini yang dikatakan mampu mengurangkan ketagihan merokok dikalangan perokok tegar. Walaupun masih timbul perdebatan mengenainya, masih ramai dilihat menggunakan alat tersebut terutama generasi muda.

Namun, tahukah anda cecair vape mampu membunuh kanak-kanak jika ia terdedah pada dos yang tinggi sekiranya ditelan.

Ini yang berlaku pada seorang kanak-kanak lelaki berusia 19 bulan dari Melbourne Australia apabila dia maut selepas beberapa hari dirawat di hospital akibat terminum cecair vape milik ibunya.

Mahkamah Koroner Melbourne berkata, kanak-kanak malang  itu meninggal dunia pada hujung Jun lalu selepas meminum cecair mengandungi nikotin berkenaan yang dituang ibunya ke dalam botol vape.

Mail Online melaporkan, wanita itu menghisap vape untuk menggantikan ketagihannya terhadap rokok.

Apabila ibunya berpaling untuk menyimpan botol cecair yang lain kanak-kanak itu terus mengambil botol berkenaan dan meminumnya.

Wanita itu yang terkejut dengan tindakan anaknya segera membasuh mulut anaknya dan menghubungi ambulans untuk membawa kanak-kanak itu ke hospital.

Bagaimanapun, kanak-kanak itu meninggal dunia selepas 11 hari dirawat di hospital.

Koroner Phillip Byrne memutuskan kematian kanak-kanak itu bukannya kes kecuaian tetapi berlaku ketika detik kurang kewaspadaan ibunya.

Menurutnya, kanak-kanak itu sangat sayangi dan dijaga dengan baik, keluarga mangsa juga sangat sedih dengan tragedi itu.

Sumber: HarianMetro

Ikuti kami di :