Pemain Dan Jurulatih JDT Dijangkiti Virus Influenza

Kem JDT Dijangkiti Virus Influenza

Pada petang semalam peminat bola sepak tempatan dikejutkan dengan berita pemain daripada Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah dijangkiti virus Influenza.

Pengarah Teknikal Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Alistair Edwards mengesahkan 10 pemain skuad utama Harimau Selatan, empat (JDT II) dan tiga (JDT III) dijangkiti virus Influenza.

Jelasnya, selain pemain, beberapa jurulatih serta kakitangan yang menjalani ujian turut positif dan dijangkiti virus berkenaan.

“Pihak kelab telah mengambil langkah untuk mengawal penularan virus dan menghantar semua pemain, jurulatih dan kakitangan untuk pemeriksaan kesihatan. JDT juga telah melakukan proses sanitasi kawasan di Pusat Latihan Padang Seri Gelam untuk memastikan persekitaran yang selamat untuk semua,” katanya dalam satu status yang dimuat naik dalam Facebook Johor Southern Tigers malam tadi.

Bagaimanapun, nama 10 pemain skuad harimau selatan yang terlibat tidak didedahkan dan mereka dijangka tidak beraksi dalam perlawanan Liga Super menentang Petaling Jaya City pada hari rabu ini di Stadium Larkin.

Sumber: Kosmo

Ikuti kami di :