Rihana Oksana Petra Kongsi Saat Romantis Dilamar Sultan Kelantan

Rihana Oksana Petra Kongsi Saat Romantis Dilamar Sultan Kelantan

Pada dua hari lalu isteri Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, Rihana Oksana Petra telah berkongsikan kisah romantis bagaimana Sultan Muhammad V melamarnya untuk berkahwin menerusi akaun Instagram miliknya.

Oksana Petra dalam tulisan panjangnya menceritakan bagaimana beliau dilamar ketika kali pertama berkunjung ke Malaysia bersama kedua-dua ibu dan bapanya tahun lalu. Sebelum beliau berkunjung ke Malaysia, hubungan beliau dan Sultan Muhammad V adalah secara jarak jauh kerana beliau terlebih dahulu perlu berpindah ke New York selama setahun atas urusan kerja.

Setibanya di Malaysia, beliau dan keluarganya sangat kagum dan terpesona dengan keindahan Malaysia. Pada satu malam ketika masih di Malaysia, beliau menerima lamaran daripada Sultan Muhammad V.

“Saya tidak akan melupakan malam yang amat romantis apabila bakal suami saya meluahkan perasaanya dan memberitahu yang dia telah jatuh cinta kepada saya pada kali pertama kami bertemu. Dia juga memberitahu yang dia amat menyenangi dengan saya dan ingin saya menjadi suri hatinya,” tulis Oksana Petra di gambar Instagram miliknya.

“Malaysia adalah tanah tumpah anak saya dan dengan adanya anak ini, saya tahu saya telah membuat pilihan yang amat tepat. Alhamdulillah,” terang Oksana lagi.

Sebelum ini, Oksana Petra pernah berkongsikan kisah pertemuan antara beliau dan Sultan Muhammad V buat pertama kali pada tahun 2017 di Eropah. Pada ketika itu beliau tidak mengenali siapa Sultan Muhammad V di mana Sultan Muhammad V memperkenalkan dirinya sebagai ‘Raja Malaysia’. Menganggap ianya satu gurauan, Oksana membalas yang beliau merupakan Ratu Moscow dan dari detik itu hubungan mereka semakin rapat.

Pasangan ini dikurniakan putera sulung yang dinamakan Tengku Ismail Leon Petra Tengku Muhammad V Faris Petra pada 21 Mei lalu.

View this post on Instagram

21 May 2019 – the Day, when my life was divided into "before" and "after". Everything that I was told about the changes occurring with a woman after the birth of a baby is true. This love is special. These feelings are completely new. I am greatful to Allah and my husband for our son. Now there are three of us. Thank you for choosing our family, Tengku Ismail Leon Petra Bin Tengku Muhammad V Faris Petra 21.05.2019- день, когда моя жизнь разделилась на "до" и "после". Все, что мне рассказывали об изменениях, происходящих с женщиной после рождения малыша – чистая правда. Эта любовь- особенная. Эти чувства- совершенно новые. Я благодарна Всевышнему и мужу за нашего сына. Теперь нас трое. Спасибо за то, что выбрал нашу семью, Тенку Исмаил Леон Петра Бин Тенку Мухаммад V Фарис Петра

A post shared by Voevodina Oksana (@rihanapetra) on

Sumber: @rihanapetra

Ikuti kami di :