Jangan Bagi Melayu Pegang Parang

Jangan Bagi Melayu Pegang Parang

Parang, didefinasikan sebagai Pisau Melayu yang besar. Parang merupakan sejenis alat seakan pisau yang berasal dari Asia Tenggara, khususnya Nusantara.

Parang begitu signifikan dengan bangsa Melayu. Samada digunakan sebagai alat pemotong parang juga digunakan sebagai senjata yang membunuh.

Parang banyak berjasa pada setiap pertempuran orang-orang Melayu dalam peperangan melawan musuh. Sudah banyak siri pertempuran melibatkan senjata parang dari zaman berzaman hinggalah ke era darurat Tanah Melayu.

Walaupun ketika era darurat 1948 senjata api sudah mula digunakan, akan tetapi parang juga terlibat dalam perjuangan melawan musuh.

Era Darurat Tanah Melayu adalah darurat yang telah diisytiharkan oleh kerajaan British di Malaya dari tahun 1948 sehingga tahun 1960.

Selepas kekalahan Jepun timbul pula kebimbangan pada ancaman ideologi komunis yang dipimpin oleh Parti Komunis Malaya atau PKM.

Pengganas komunis sudah mula berani keluar dari tempat persembunyian mereka di hutan dan mula menunjukkan taring. Mereka langgar kampung orang melayu ketika itu. Pengganas komunis juga bertindak membunuh sesiapa yang menghalang ideology mereka tanpa mengira bangsa. Melayu, Cina, India hatta pegawai tinggi British juga turut dibunuh.

Ketika darurat, kira-kira 40,000 tentera termasuk beberapa Rejimen Askar Melayu telah dikerah untuk menghapuskan anasir-anasir komunis.

Atas inisiatif Sir Harold Briggs, Beliau telah menubuhkan Home Guard dan Kampung Guard atas desakkan orang kampung bagi melindungi kampung masing-masing.

Sejak ditubuhkan ramai orang Melayu bertindak mengangkat senjata. Atas jalan Jihad mereka melindungi kampung halaman masing-masing. Dan ketika ini telah muncul seorang  demi seorang para pendekar.

Para pendekar bertempur dengan 12 orang komunis. Seorang mati di tetak selebihnya cedera dan di tangkap. Peristiwa ini sememangnya  wujud dan ia bukan satu mitos. Malah pihak British memberikan ganjaran atas keberanian mereka.

Peristiwa para pendekar bertempur dengan 15 orang pengganas komunis di Kedah telah direkodkan dalam satu laporan bertajuk “Communist Terorrism In Malaya”.

Dalam satu laporan yang diterbitkan oleh “Department Of Information Federation Of Malaya” semua peristiwa yang berlaku ketika zaman darurat telah direkodkan. Segala peristiwa penting yang berlaku pada zaman darurat telah dicatatkan hampir setiap hari. Klik sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Seruan Jihad mempertahankan negara berkumandang di seluruh semenanjung. Dan sampai ke segenap kampung. Hinggakan remaja seawal usia 16 tahun menembak mati sorang kumunis dengan senapang patah. Dari mana datangnya keberanaian itu?

Sir Harold Briggs ketika itu terkejut dengan kebangkitan orang-orang Melayu dalam mempertahankan kampung masing-masing.

Sekiranya tanpa bantuan kampung guard dan Home guard pastinya satu tugas yang sukar bagi Rejimen Askar Melayu untuk membendung komunis.

Al Fatihah kepada semua pendekar berparang yang telah gugur. Begitu juga para pahlawan dari Rejimen Askar Melayu.

Sumber: ArkibNegara

Ikuti kami di :