Tidak Solat Punca Suami Isteri Bercerai- Mufti Wilayah

Tidak Solat Punca Suami Isteri Bercerai- Mufti Wilayah

Pembentukan institusi keluarga Islam bertitik tolak daripada perkahwinan. Perkahwinan merupakan ikatan antara lelaki dan wanita melalui akad nikah dan ijab kabul. Perkahwinan merupakan satu peristiwa bersejarah yang tidak wajar dilupakan oleh seseorang yang beriman.

Islam juga memberi panduan yang jelas bagi seseorang lelaki memilih jodoh. Namun begitu, Islam lebih mengutamakan perempuan beriman kerana hanya keimanan saja dapat menjamin kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Pun begitu penceraian pula merupakan sesuatu yang tidak disukai oleh Islam tetapi dibolehkan dengan alasan dan sebab-sebab tertentu.

Statistik penceraian yang direkodkan pada 2018 menunjukkan lebih 1/3 perkahwinan yang berakhir dengan penceraian berlaku dalam tempoh 5 tahun pertama perkahwinan.

Terdapat beberapa punca penceraian boleh terjadi bagi setiap pasangan. Malah, ada beberapa kes penceraian hanya berpunca dari perkara yang boleh dianggap remeh.

Perkara ini dijelaskan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri dalam satu kuliahnya pada Jumaat lalu. Menurut beliau pasangan suami isteri yang gagal mempertahankan keharmonian rumah tangga sehingga berlaku penceraian didapati berpunca daripada sikap keengganan menunaikan solat lima waktu.

Kegagalan menjaga rukun Islam kedua itu menyebabkan wujudnya habluminassyaitan iaitu hubungan yang terbina antara manusia dengan syaitan.

“Kalau solat ini merupakan hablumminannas (hubungan sesama manusia), bila mana wujudnya habluminnallah (hubungan manusia dengan Allah), hablumminannas akan terwujud.

“Bila wujudnya hablumimallah, maknanya tak wujud lagi hablumminasyaitan kerana sifat syaitan akan pisahkan suami isteri, tetapi apabila ini berlaku, dia akan jadi kukuh dan ampuh,” katanya menerusi akaun Instagram miliknya pada Jumaat.

Menurut Zulkifli, antara tanggungjawab Nabi Muhammad SAW apabila berada di rumah adalah mengajak keluarganya menunaikan solat.

“Mintalah keluarga kamu untuk solat dan sabar dalam mengerjakannya. Itu tiang agama.

Tuan-tuan minta maaf cakap secara ekstrem sikit, kenapa rumah tangga keluarga bercerai-berai? Minta maaf kita minta berlindung daripada Allah SWT biarlah keluarga kita baik-baik semua.

“Salah satu puncanya tak pernah solat jemaah dan bersama-sama, sebab itu  Allah bila cerita ayat cerai dalam al-Quran seperti surah Al-Baqarah,” katanya

Jelasnya, di celah-celah ayat cerai, Allah sengaja menyebut sepotong ayat yang menyuruh umat manusia menjaga solat yang lima waktu dan juga solat pertengahan penuh taat serta patuh.

“Kemudian bincang balik ayat cerai, ulama fikir apa puncanya. Fikir punya fikir, mereka kata apa, siapa yang jaga solat, rumah tangga dia kukuh,” ulasnya.

Sumber: @drzulkifli.albakri

Ikuti kami di :