Budak 5 Tahun Parah Ditimpa Peti Sejuk

Budak 5 Tahun Parah Ditimpa Peti Sejuk

Malang menimpa buat seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun apabila mengalami kecederaan parah selepas tiba-tiba ditimpa sebuah peti sejuk di rumah keluarganya di Taman Cempaka, Nilai malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, mangsa, Muhammad Fawwaz Adli Mohd. Bukhari mengalami kecederaan pada bahagian kepala.

Menurut bapa mangsa, Mohd. Bukhari Zainal Annuar berkata, beliau dan ahli keluarga yang lain tidak tahu bagaimana mangsa ditimpa peti sejuk tersebut.

“Kejadian berlaku kira-kira pukul 11 malam. Kami tak tahu bagaimana kejadian itu berlaku kerana kami sedar-sedar peti sejuk itu telah tumbang. (Muhammad Fawwaz) bukan dihempap penuh. Mungkin (kepalanya) terkena bucu peti ais itu,”

Doktor memaklumkan berlaku pendarahan pada bahagian kepala kanak-kanak terbabit ¬†yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban

Sumber: Kosmo

Ikuti kami di :