Bayi 1 Tahun Dirogol Bapa Dan Muat Naik Video Ke ‘Dark Web’

Foto: SCADatvfest.com

Seorang bapa dari Florida, Amerika Syarikat disabitkan atas kesalahan merogol bayi perempuannya yang baru berusia satu tahun.

Tidak cukup dengan itu, lelaki itu juga disabitkan atas tuduhan merakam dan kemudian memuat naik video berkenaan ke ‘dark web’ iaitu laman web yang tidak dipantau dan dipenuhi dengan aktiviti jenayah.

Video tersebut dimuat naik ke forum ‘dark web’ menggunakan nama samaran ‘Strangewood’ dan ‘Hardwood’, menurut laporan portal berita DailyStar.

Ketika perbicaraannya, James Lockhart, 31, dari Bradenton, Florida mengaku bersalah atas kesalahan menerbit, mengedar dan memiliki video rakaman aksi rogol anaknya di antara Mac 2016 dan Februari 2018.

Dia turut mengaku bercadang menerbitkan lebih banyak video seumpamanya sebelum ditangkap. Ketika serbuan pada Oktober, pihak berkuasa menemukan tiga video dan 4,000 gambar membabitkan penderaan kanak-kanak di rumahnya.

Isteri Lockhart mengesahkan tertuduh sebagai pelaku di dalam video berkenaan berdasarkan tangan dan anak patung di dalam rakaman itu. Mangsa di dalam video tersebut pula disahkan sebagai adalah anak perempuannya.

Mahkamah menjatuhi hukuman penjara 70 tahun terhadap Lockhart atas tindakan kejamnya terhadap mangsa.

Sumber: Awani

Ikuti kami di :