Khasiat Durian Belanda Lebih Efektif Daripada Kemoterapi

Khasiat Durian Belanda Lebih Efektif Daripada Kemoterapi

Sebut saja durian belanda pasti ramai yang tahu akan anatomi buahnya yang berwarna kehijauan serta kulit yang berduri seakan durian. Rasanya yang sedikit masam dan tekstur isinya yang berair membuatkan durian belanda sangat enak apabila dijadikan jus.

Maka tidak hairanlah buah eksotik yang pada asalnya tumbuh meliar kini dikomersialkan kerana permintaannya tinggi.

Mengenal durian belanda

Durian belanda atau nama saintifiknya Annona muricata amat sinonim untuk merawat kanser. Khasiatnya dikhabarkan 200 kali ganda lebih efektif daripada membuat rawatan kemoterapi.

Berasal dari sekitar Peru, Mexico dan Argentina. Memiliki kulit berduri lembut, isi buah berwarna putih dan rasa masam-masam manis.

Termasuk antara 16 jenis buah-buahan tempatan yang diberi keutamaan oleh negara ekoran potensi yang boleh dimanfaatkan kepada pengguna.

Kandungan glukos dan fruktosanya yang tinggi menyumbang sebanyak 81.9 hingga 93.6 peratus rasa manis dan berkrim selain mempunyai kebaikan vitamin C.

Memetik loporan Sinar Harian, hasil penyelidikan yang dibuat oleh Ketua Jabatan Sains Tanaman, Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia, Prof Madya Dr Siti Zaharah Sakimin ujarnya, buah durian belanda memenuhi keperluan harian manusia yang memerlukan sejumlah 60 miligram (mg) vitamin C untuk mencapai tahap kesihatan yang baik.

BACA: Cara Mudah Guna Asam Gelugur Untuk Kuruskan Badan

Antara Khasiat durian belanda

1. Merawat kanser

Seperti yang disebut, khasiatnya dipercayai 200 kali ganda lebih efektif daripada kemoterapi dan dilaporkan boleh membunuh sel kanser payudara.

Durian belanda juga dilaporkan mempunyai kesan penghalang terhadap angiogenesis iaitu satu proses pembentukan saluran darah baharu yang mana ia merupakan titik pertumbuhan kanser tumor.

Buah itu juga dipercayai mempunyai kesan menyekat pembiakan virus, antikeradangan untuk mengurangkan kesan lebam, antiparasit dan antimikrob.

2. Merawat osteoporosis

Elemen kandungan sodium yang tinggi 14 mg/100 gram (g), phosphorus, potasium sebanyak 278 mg/100 g yang terdapat dalam buah durian belanda sangat bermanfaat untuk membina tulang yang kuat dan merawat penyakit osteoporosis.

Untuk mendapatkan keberkesanan maksimum dari aspek kesihatan, ia bergantung pada kuantiti yang diambil oleh pengguna.

3. Atasi kencing tidak lawas

Kandungan ferum atau iron yang ada pada buah durian belanda dapat membersihkan buah pinggang dan membaiki sistem penghadaman.

Di samping itu, ia mengurangkan risiko batu karang yang terbentuk daripada mendapan garam galian pada badan kita.

4. Mengurangkan migrain

Masalah migrain berlaku disebabkan terdapatnya kandungan bahan kimia seperti serotonin yang berupaya untuk mengecilkan saluran darah. Dengan pengambilan buah durian belanda, ia mempunyai kesan angiogenesis.

5. Mengatasi anemia

Durian belanda menjadi salah satu pembekal sumber zat besi. Kekurangan zat besi boleh menghalang pembentukan sel darah merah (hemoglobin) yang berperanan dalam melancarkan perjalanan oksigen dalam darah.

Antara khasiat lain durian belanda

Kaya vitamin C, merupakan antioksidan yang sangat baik untuk meningkatkan daya tahan dan melambatkan proses penuaan. Meningkatkan tenaga kandungan fruktos dan karbohidrat semula jadi membuatkan diri kekal segar dengan bekalan tenaga secukupnya.

Durian belanda juga merawat kekurangan air dalam badan, beri ketenangan dan tidur lena, melegakan kesakitan kerana daun buah durian belanda mengandungi sifat-sifat analgesik bertindak sebagai pain killer.

Durian belanda juga mampu mengawal tekanan darah, merawat ulser mulut, mencegah keracunan makanan dihadapi oleh bayi, digunakan juga untuk merawat merawat buasir, merawat demam, menguatkan sistem imunisasi, mengawal kandungan gula dalam darah dan juga manfaat antipenuaan.

Khasiat buah durian belanda boleh diperoleh dengan dimakan segar ataupun dibuat jus. Pun begitu, sebaiknya buah tersebut tidak dimasak terlalu lama supaya kandungan nutrisi dapat dikekalkan pada tahap optimum.

Guna buah itu dalam kadar sewajarnya kerana ia boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan antaranya seperti menyebabkan penyakit Parkinson.

Sumber: SinarHarian

Ikuti kami di :