Keputusan Undian Pusingan Ke-2 Kelayakan Piala Dunia Qatar 2022

Keputusan Undian Pusingan Ke-2 Kelayakan Piala Dunia Qatar 2022

Petang semalam telah berlansung majlis undian pusingan ke-2 kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 dan Piala Asia China 2023 bertempat di AFC House, Bukit Jalil

Malaysia diundi di dalam kumpulan G bersama UAE dan 3 negara serantau; Indonesia, Thailand serta Vietnam.

UAE kini berada di tangga ke-67 dunia, diikuti Vietnam (96) dan Thailand di tangga ke-116 dunia. Malaysia dan Indonesia jauh terperosok di bawah kedudukan 150 dunia dengan Malaysia berada di tangga ke-159 dunia, meninggalkan Indonesia dengan 1 anak tangga.

Pada pusingan kelayakan yang lepas, UAE merupakan mimpi buruk buat Malaysia apabila gawang Malaysia dibolosi 10 kali tanpa belas kasihan.

Thailand dan Vietnam pula merupakan dua lawan Malaysia ketika kejohanan Piala AFF Suzuki 2018 yang lalu. Malaysia berjaya menewaskan Thailand tetapi tewas dalam dakapan Vietnam.

Menurut rekod, Malaysia tidak pernah bertemu Vietnam dalam mana-mana pusingan kelayakan Piala Dunia yang lepas sejak tahun 1974. Malaysia pernah menentang Indonesia (QR Piala Dunia 1978) dan UAE (QR Piala Dunia 2018) sekali manakala Thailand sebanyak 3 kali (QR Piala Dunia 1974, 1978 dan 1982).

Malaysia akan layak jika hanya kalah sekali kepada UAE/Thailand/Vietnam. Namun, Malaysia dijangka akan menghadapi kesukaran terbesar menentang Vietnam berbanding UAE dan Thailand.

Sumber: StadiumAstro

Ikuti kami di :