Potong Dan Bawa Lari Zakar Kekasih Isteri

Potong Dan Bawa Lari Zakar Kekasih Isteri

Seorang lelaki dari Florida, Amerika Syarikat ditahan selepas bertindak memecah masuk kediaman kekasih isterinya dan memotong zakar mangsa menggunakan gunting, lapor akhbar Daily Mail baru-baru ini.

Suspek Alex Cesar Bonilla,­ 49, didakwa turut mengacukan pistol ke arah mangsa sebelum memotong alat sulitnya dan kemudian melarikan diri bersama organ itu, menurut laporan stesen televisyen WBBH.

Mangsa, Tomas Martinez-Gomez, 32, meminta pertolongan sebelum sepasukan polis berkunjung ke kediamannya di bandar Gainesville di Florida, menurut Pejabat Syerif Daerah Gilchrist.

Gomez memberitahu polis bahawa Bonilla yang juga jirannya menceroboh ma­suk dan mengancam untuk membunuhnya jika dia me­lawan. Mangsa dibawa ke bilik tidur dan diikat sebelum zakarnya dipotong. Semasa kejadian berlaku, terdapat dua kanak-kanak yang tidak didedahkan identiti mereka di dalam premis berkenaan.

Motif serangan jenayah itu masih disiasat, menurut pejabat syerif dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, laporan mendedahkan penyerang itu ‘terse­rempak mangsa dan isteri Bonilla­ mengadakan hubungan seks’ beberapa minggu lalu sebelum serangan dilakukan.

Pihak berkuasa menahan Bonilla­ di Brandford dan ditempatkan di Penjara Daerah Gilchrist serta­ dikenakan bon AS$1.25 juta (RM5.13 juta). Dia berdepan bebe­rapa pertuduhan termasuk sera­ngan.

Gomez masih berada di hospital dan keadaannya semakin pulih. Pihak ber­kuasa tidak memberi butiran lanjut mengenai status zakar mangsa.

Sumber: DailyMail

Ikuti kami di :