Awasi Anak Anda! Produk Hantu Syaitan Ini Dah Masuk Hingga Ke Ceruk Kampung

Awasi Anak Anda! Produk Hantu Syaitan Ini Dah Masuk Hingga Ke Ceruk Kampung

Baru-baru ini telah tular di media sosial satu rakaman video yang menunjukkan sekumpulan kanak-kanak dilihat sedang menghisap sesuatu seakan ‘vape’ yang mengeluarkan asap.

Namun setelah diteliti rupa-rupanya ia adalah sejenis makanan ringan yang boleh mengeluarkan asap seperti menghisap vape.

Video berkenaan (klik sini untuk melihat video) telah mendapat respon dari warga sosial media, yang beranggapan ia satu budaya  tidak sihat yang sedang meracuni kanak-kanak terutamanya pelajar sekolah.

Namun apa yang lebih membimbangkan, makanan ringan berkenaan dijual secara berleluasa dan seolah tiada sekatan pada penjualannya. Samada pihak berwajib terlepas pandang atau masih belum ada kajian mengenai produk berkenaan.

Dalam satu perkongsian yang dimuatnaik oleh Abdul Hadi Jusoh dalam akaun facebook miliknya semalam mengatakan produk ‘asap syaitan’ berkenaan telah dijual secara berleluasa di tempatnya.

Produk hantu syaitan ni dah masuk hingga ke ceruk kampung, berdekatan kampung saya sendiri bila guru di beberapa sekolah buat spot check banyak pelajar yang jadi pengguna setia, agen penjual pun di kalangan pelajar juga..laki perempuan semua ada.

Harga RM0.50, bentuk serbuk…masuk dalam mulut keluar asap macam vape..sekali dua cuba boleh jadi ketagih..rosak akal rosak kesihatan…dan ketauhilah bahawa asap itu makanan syaitan, sesuai namanya Ghost Smoke “Asap Syaitan”…ini bukan gula-gula untuk manusia. Hantu syaitan saja yang layak menelannya.

Jika di negara barat, produk lollipop ciri sebegini telah bermula 2-3 tahun lalu dikenali sebagai “Dragon Breath” atau Nafas Naga, kerana apabila mengeluarkan asapnya, ia kelihatan merokok bagai seekor naga.

Kata Dr. Reed Caldwell, pembantu professor di NYU Langone Health : ” First is rapid significant damage to the skin and body if swallowed, Liquid nitrogen is what’s used by dermatologists to burn things off skin so we know it can be destructive to tissue.”

Ia juga boleh merosakkan kornea atau fungsi penglihatan, sekiranya penyedutan tinggi/kuat berlaku, ia boleh membawa asphyxiation yang boleh membawa kematian.

Idea merosakkan melayu islam ini makin hari makin menggila, belum cukup dengan kerosakan dadah ganja, arak zina dan pelbagai lagi dosa sedia ada, kini ditambah lagi dengan strategi halus merosakkan anak2 yang belum remaja, sedangkan mereka belum kenal erti sihat di hari tua, belum mengerti bahawa gula2 jahanam itu akan memusnahkan moral dan kesihatan mereka.

Hari ni mereka rasa power rasa bangga, sbb mereka masih mentah dan muda, esok lusa merana sampai ke tua. Waktu itu ibu bapa menangis pun tak guna.

Ibubapa, Guru, Kerajaan, semua perlu main peranan besar menghapuskan benda-benda sebegini. Setakat ni hanya bicara yang keluar, pekeliling arahan belum nampak lagi.

Segera & tegaslah pemimpin dalam agenda membaiki moral bangsa, jangan sekadar melepaskan batuk di tangga.

Adapun bagi kumpulan yang tidak bersetuju, biarkan saja. Mereka itu hantu dewasa. Titipkan Doa pada mereka, supaya dibuka hati agar tinggi rasa cinta pada keturunan dan agama kita.

Sumber: Abdul Hadi Jusoh

Ikuti kami di :