Siapakah “Buffalo Soldier” Yang Dinyanyikan Oleh Bob Marley? Ini Sejarahnya.

Siapakah “Buffalo Soldier” Yang Dinyanyikan Oleh Bob Marley? Ini Sejarahnya.

Buffalo Soldier, dreadlock Rasta

There was a Buffalo Soldier

In the heart of America

Stolen from Africa, brought to America

Fighting on arrival, fighting for survival

Itu adalah lirik sebuah lagu yang dinyanyikan oleh lagenda reggae Bob Marley. Lagu ini pasti menjadi siulan bagi peminat-peminat muzik Bob Marley di seluruh dunia.

“Buffalo Soldier ” adalah lagu yang ditulis sendiri oleh Bob Marley dan Noel “King Sporty” Williams , dan dimainkan oleh Bob Marley dan The Wailers . Pada asalnya lagu ini tidak muncul dalam mana-mana album Bob Marley sehinggalah pertama kali ke udara pada 1983 selepas kematian Bob Marley   yang kemudiannya ia menjadi salah satu lagu terkenal lagenda reggae tersebut.

Could You Be Loved GIF by Bob Marley - Find & Share on GIPHY

Namun, siapakah ‘buffalo soldier ‘ yang dimaksudkan oleh Bob Marley? Jika anda menghayati lirik lagu ini pasti dapat mengetahui bahawa buffalo soldier adalah pejuang. Dan ini sejarah ringkas mengenai siapa buffalo soldier.

‘Buffalo Soldier’ terkenal dengan keberanian dan keganasan mereka ketika berperang.

Foto: Smithsonian National Museum of African American History and Culture

‘Buffalo Soldiers’ asalnya adalah ahli-ahli tentera Berkuda Rejimen ke-10 daripada Tentera Darat Amerika Syarikat yang ditubuhkan pada 21 September 1866, di Fort Leavenworth , Kansas .

Terdapat teori berbeza mengenai asal nama panggilan mereka. Salah satunya adalah kerana rambut mereka yang gelap dan kerinting menyerupai bulu kerbau. Satu lagi ialah kerana keberanian dan keganasan mereka dalam peperanganseperti seekor kerbau liar yang ganas.

Apapun alasannya, para askar ketika itu menganggap nama berkenaan sebagai satu pujian yang tinggi, kerana kerbau sangat dihormati oleh Orang Asli di Amerika. Dan akhirnya, imej kerbau menjadi sebahagian daripada puncak regimen Kavaleri ke-10 ketika itu.

‘Askar Kerbau’ ini terlibat dalam banyak pertempuran  yang akhirnya membuka mata orang kulit putih

Patch bahu milik Bahagian Infantri ke-92 semasa Perang Dunia I. Koleksi Smithsonian National Museum of African American History and Culture.

Pada mulanya, tentera kerbau ini diperintahkan oleh orang kulit putih, tetapi mereka sering menghadapi prasangka kaum yang melampau dari kalangan tentera kulit putih yang lain.

Diskriminasi kaum sering terjadi hingga ada di antara mereka tidak dinaikkan pangkat. Mereka hanya boleh berkhidmat di barat Sungai Mississippi, kerana banyak orang kulit putih tidak mahu melihat tentera kerbau ini bersenjata dalam komuniti orang kulit putih. Pada ketika itu, di mana askar kerbau ditempatkan, mereka kadang-kadang ditindas oleh orang awam.

Antara tugas utama ‘Buffalo Soldier’ adalah untuk menyokong pengembangan kuasa tentera Amerika ke arah barat dengan melindungi para peneroka, membina jalan dan infrastruktur lain, dan menjaga surat tentera Amerika.

Mereka juga mengambil bahagian dalam kebanyakan kempen ketenteraan ketika Perang Saudara dengan Orang Asli Amerika selama beberapa dekad, di mana mereka telah mengumpulkan rekod yang cemerlang, dengan 18 Askar Buffalo dianugerahkan Medal of Honor.

Di atas prestasi mereka yang luar biasa ketika peperangan dan faktor keberanian mereka telah membuka mata banyak pihak di kalangan orang kulit putih secara tak lansung , membuka jalan ke arah mengurangkan diskriminasi antara kaum. Dan hasilnya para askar kulit hitam ini di beri peluang untuk memasuki  Akademi Tentera  Amerika yang terletak di West Point.

Sejak dari itu, mereka kemudian telah diterima sebagai antara pejuang kebebasan Amerika dan terlibat dalam peperangan bermula dari Perang Dunia Pertama hingga Perang Dunia Kedua sebagai askar Amerika.

Penglibatan ‘Buffalo Soldier’ pada Perang Dunia Kedua. Foto brownstonedetectives

Keberanian luar biasa yang ditunjukkan oleh para tentera Afrika-Amerika dalam menghadapi pertempuran sengit dan diskriminasi kaum yang melampau ketika itu, terus memberi inspirasi kepada warga Amerika hingga ke hari ini.

Kini banyak monumen yang telah dibina bagi menghormati perjuangan ‘Buffalo Soldier’. Mereka juga telah diabadikan dalam kultur popular melalui lagu-lagu seperti “Buffalo Soldier” dari Bob Marley dan juga filem-filem yang mengisahkah penglibatan mereka dalam peperangan.

Sumber: National Museum of African American History & Culture

Ikuti kami di :