Gajah Liar Dilanggar Treler Di Terengganu

Gajah Liar Dilanggar Treler Di Terengganu

Belum pun reda beberapa siri kes haiwan liar tersasar dari hutan dan mati dilanggar di Terengganu. Kes kematian menyedihkan Harimau Malaya ‘Awang Besul’. Kes kemalangan mati rusa di Kerteh Terengganu dan kehadiran Dolphine serta Ikan Paus di perairan Terengganu.

Kali ini seekor gajahbetina maut dilanggar oleh sebuah treler membawa muatan bijih besi di RNR Gawi, Kuala Berang Terengganu.

Kejadian kira kira jam 10.23 pada Sabtu malam itu berlaku ketika treler berkenaan dari arah Gua Musang sedang menghala ke Pelabuhan Kemaman untuk menghantar bijih besi.

Apabila sampai di tempat kejadian, sekawan gajah liar melintas di laluan terbabit. Pemandu treler tersebut gagal mengelak lalu merempuh seekor dari kawanan gajah liar itu.

Gajah berkenaan mati ditempat kejadian. Pemandu treler, Emyhaizi Ahmad, 32, bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan. Katanya dia terpaksa berbuat demikian bagi mengelak daripada terbabas ke dalam gaung.

“Selepas menuruni bukit, saya terlihat sekawan gajah, dalam lima atau enam ekor.

“Pada masa itu, saya tidak dapat berbuat apa-apa kecuali melanggar haiwan berkenaan,” jelasnya.

Bangkai gajah seberat tiga tan itu kemudian dipindahkan oleh anggota Jabatan Perhilitan Terengganu sebelum ditanam di kawasan berhampiran.

Inilah natijah yang terpaksa kita telan akibat kemusnahan hutan dan pembalakan berleluasa tanpa memikirkan hak kehidupan lain di negara ini.

Adakah wajar rakyat bawahan dan segala seisi hidupan dalam negara ini yang patut menanggung kesan akibat kerakusan pentarah alam semulajadi?

Sumber: Awani, KUASA

Ikuti kami di :