‘Viking Clap’ Final Piala FA Masuk Malaysia Books Of Records

‘Viking Clap’ Final Piala FA Masuk Malaysia Books Of Records

Final Shopee Piala FA 2019 melakar sejarah baharu apabila perlawanan yang menemukan Perak dan Kedah di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) itu diiktiraf sebagai pemegang Malaysia Book of Records bagi ‘penyertaan Viking Clap terbesar di Malaysia’.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Malaysia Book of Records, Christopher Wong Hong Wai mengesahkan rekod tersebut selepas beliau antara menjadi panel menyaksikan 83,520 penonton melakukan aktiviti itu sebelum 15 minit sepak mula final Shopee Piala FA 2019.

Hong Wai juga memuji komitmen penyokong dari Kedah dan Perak di atas kejayaan mereka melakarkan satu sejarah baharu dalam Malaysia Books of Records.

“Hari ini (semalam) selepas mendapat pengesahan daripada pelbagai agensi, Malaysian Book of Records dapat mengesahkan penyertaan Viking Clap dalam aksi final Shopee Piala FA 2019 adalah paling terbesar di Malaysia.

“Satu semangat kesukanan bagus yang ditunjukkan daripada penyokong kedua-dua pasukan. Saya dapat melihat kepuasan penyokong yang hadir pada malam ini,” ujarnya.

Video viking clab itu juga menarik perhatian media antarabangsa apabila portal The Guardian Post turut memuat naik video viking clab berkenaan dia laman youtube mereka.

Acara itu adalah inisiatif daripada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) untuk menghangatkan aura perlawanan akhir itu dan meskipun acara itu berlangsung dengan singkat, namun ia sudah cukup bermakna buat semua penyokong yang hadir.

Malah, ‘Viking Clap’ dilihat menjadi pencetus apabila penyokong terus menyanyikan lagu semangat kepada pasukan masing masing selepas berakhirnya acara terbabit.

Dalam aksi final itu, Kedah dinobatkan sebagai juara baharu Shopee Piala FA selepas menewaskan Perak hasil jaringan tunggal pemain muda, Fazrul Danel Mohd Nizam pada minit ke-105.

Sumber: TheVocket

Ikuti kami di :