Lima Negeri Ini Bakal Menerima Rangkaian 5G

Lima Negeri Ini Bakal Menerima Rangkaian 5G

Di saat kuasa-kuasa besar berlumba untuk menawarkan rangkaian 5G kepada pengguna, Malaysia juga tidak terlepas peluang bagi mendapat manfaat teknologi 5G.

Sejak diumumkan pada bulan April lalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjangkakan teknologi komunikasi generasi kelima (5G) berpotensi sedia digunakan secara komersial di negara ini menjelang 2021 atau 2022.

european space agency animation GIF

Rangkaian 5G mula dicuba di kawasan sekitar Cyberjaya dan Putrajaya, ia dilihat bakal diperluaskan ke beberapa negeri lain tidak lama lagi. Bersempena dengan aturcara di Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia tempoh hari, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia Gobind Singh Deo telah mengesahkan dimana teknologi 5G bakal ditawarkan di negeri-negeri lain tidak lama lagi.

Berdasarkan kenyataan YB Gobind, difahamkan lima negeri yang bakal terlibat dengan rangkaian 5G adalah Kuala Lumpur, Perak, Terengganu, Negeri Sembilan dan Kedah.

Memandangkan projek ini masih berada pada peringkat awal, masih belum diketahui bila negeri-negeri berkenaan bakal menerima rangkaian 5G.

Masih terdapat beberapa tempat di Cyberjaya dan Petaling Jaya yang masih dalam ujian 5G dimana telco Celcom antara yang terawal menawarkannya. Berdasarkan ujian yang dilakukan Celcom baru-baru ini, kepantasan mencapai 6Gbps antara yang berjaya dicapai.

Sumber: TheVocket

Ikuti kami di :