Rusuhan Penjara Di Brazil: 16 Banduan Maut Dipenggal

Rusuhan Penjara Di Brazil: 16 banduan maut dipenggal

Kira-kira 57 penghuni penjara terbunuh dalam insiden rusuhan penjara di utara Brazil pada Isnin selepas beberapa kumpulan kongsi gelap bergaduh antara satu sama lain.

Menurut pegawai penjara berkenaan, 16 banduan mati dalam keadaan menyayat hati apabila dipenggal dalam insiden pentempuran terbesar kedua yang berlaku di dalam penjara itu disebabkan sistem penjara dan populasi banduan yang terlalu ramai dalam tempoh beberapa bulan.

Media tempatan memaklumkan bahawa pertempuran itu berlaku di Pusat Pemulihan Serantau Altamira sekitar pukul 7 pagi waktu tempatan.

Dua orang pengawal keselamatan telah dijadikan tebusan semasa pertempuran yang berlangsung berjam-jam dan akhirnya berjaya dikawal sekitar tengah hari.

Stesen TV di Brazil turut menunjukkan rakaman asap hitam tebal yang naik dari kawasan penjara dan beberapa individu memanjat bumbung bangunan bagi menyelamatkan diri.

“Kebanyakan tahanan mati akibat sesak nafas susulan asap tebal,” kata pegawai kerajaan, sambil menambah bahawa jumlah kematian boleh meningkat.

“Tiada senjata api yang ditemui di tempat kejadian, tetapi terdapat beberapa alatan yang diubahsuai menjadi pisau dan digunakan semasa pentempuran itu”, jelas kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Peninsular.

Beberapa mayat masih belum dapat dikeluarkan disebabkan oleh kebakaran itu.

Sumber: AlJazeera

Ikuti kami di :