Makan Kimchi Boleh Rawat Masalah Rambut Gugur

Makan Kimci Boleh Rawat Masalah Rambut Gugur

Adakah anda penggemar makanan dari Korea seperti Kimchi? Jika anda mempunyai masalah keguguran rambut ada baiknya anda mengamalkan Kimchi dalam menu hidangan anda.

Para Saintis di Seol menyatakan bahawa hidangan popular Korea ini boleh digunakan untuk merawat masalah keguguran rambut.

Hidangan berupa acar kubis digaulkan bersama bawang putih, bawang merah, sos ikan dan rempah ratus itu sudah lama popular dalam kalangan pengguna yang mementingkan penjagaan kesihatan kerana mengandungi probiotik.

Kimchi Dancing GIF - Find & Share on GIPHY

Hasil penyelidikan menunjukkan sejenis minuman kimchi yang dijual di Korea Selatan sangat membantu melebatkkan rambut sedia ada dan menggalakkan pertumbuhan rambut baharu dalam masa beberapa minggu.

Sepasukan saintis dari Universtiti Dankook dekat Seoul dalam satu kajian ke atas 23 lelaki dengan sebilangan mereka mengalami peringkat awal kehilangan rambut manakala sebahagian yang lain hampir botak.

Semua responden tersebut diminta mengambil minuman kimchi sebelum sarapan dan sebelum tidur.

Selepas tempoh sebulan, purata bilangan rambut mereka meningkat daripada kira-kira 85 helai untuk setiap 1 sentimeter persegi kepada 90 helai dan bertambah kepada 92 helai selepas empat bulan meminum minuman tersebut.

Para saintis berpendapat, ia merupakan peningkatan yang signifikan dan sekali gus dapat membendung masalah keguguran rambut yang dialami kebanyakan responden berkenaan.

Penemuan tersebut disiarkan dalam penerbitan, World Journal of Men’s Health baru-baru ini.

“Ubat-ubatan sedia ada boleh mendatangkan kesan sampingan. Justeru, penggunaannya adalah untuk sementara sahaja.

“Bagaimanapun, kami mendapati bahawa kimchi menggalakkan pertumbuhan rambut dan merawat masalah botak. Ia adalah rawatan lebih selamat kepada pesakit,” kata mereka.

Sumber: DailyMail

 

Ikuti kami di :