5 Penyokong Diburu Dalam Insiden Kekecohan Penyokong Di Pulau Pinang

5 Penyokong Diburu Dalam Insiden Kekecohan Penyokong Di Pulau Pinang

Polis giat memburu lima lelaki yang dipercayai menyerang dan memukul seorang penyokong bola sepak Pulau Pinang susulan kekecohan yang berlaku di Stadium Bandaraya di George Town malam Sabtu.

Kelima-lima lelaki dipercayai penyokong salah satu pasukan itu didakwa telah memukul seorang remaja berusia 18 tahun pada jam 12.25 tengah malam selepas menyaksikan perlawanan bola sepak antara pasukan Pulau Pinang dan Perak .

berdasarkan laporan yang diterima polis, remaja berkenaan mendakwa diserang sekumpulan lima lelaki disyaki penyokong lawan ketika memberhentikan motosikal berdekatan stesen minyak berhampiran Stadium Bandaraya sewaktu dalam perjalanan pulang selepas menonton perlawanan tersebut.

Mangsa mendakwa ditumbuk di bahagian muka oleh salah seorang suspek sehingga mengalami luka di bahagian hidung, mata kiri dan kepala sebelum lari menyelamatkan diri.

Mangsa dikatakan tidak mengenali semua suspek yang memakai baju berwarna hitam itu tetapi mendakwa boleh mengecam wajah suspek sekiranya bertemu sekali lagi.

Mangsa turut mendakwa tidak terlibat dalam kekecohan di stadium sebaliknya hanya melihat kejadian tersebut.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Pada perlawanan saingan Piala Malaysia 2019 yang berlangsung malam Sabtu menyaksikan pasukan Pulau Pinang dan Perak berkesudahan seri 1-1.

Bagaimanapun selepas perlawanan berakhir suasana di dalam dan luar stadium bertukar kecoh dipercayai disebabkan rasa tidak puas hati kedua-dua penyokong apabila  peminat pasukan saling berbalas membaling botol air sehingga memaksa pasukan polis hadir mengawal keadaan.

Sumber: Awani

Ikuti kami di :