KPM Umum Program Sarapan Percuma Buat Semua Pelajar Sekolah Rendah Bermula 2020

KPM Umum Program Sarapan Percuma Buat Semua Pelajar Sekolah Rendah Bermula 2020

Bermula Januari 2020, kerajaan akan menyediakan sarapan percuma buat semua pelajar sekolah rendah serta pihak pengurusan dan cikgu di seluruh negara.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik memaklumkan, inisiatif itu diperkenalkan bagi memastikan pelajar-pelajar terus kekal sihat dan cergas di samping dapat membantu mereka memberi tumpuan sebaik mungkin dalam pelajaran setiap hari.

Program ini juga secara tidak langsung berpeluang mengajar para pelajar mengenai pemakanan yang seimbang.

Melalui program sarapan percuma khas untuk anak-anak di sekolah rendah di seluruh negara itu, beliau berkata, anak-anak akan disediakan sarapan enak berpandukan menu yang sihat dan ia adalah percuma.

Pengenalan program ini juga bakal membuatkan para pelajar hadir ke sekolah dengan penuh kegembiraan dan semangat ulas Dr Maszlee Malik.

Sebuah usaha yang menarik daripada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Diharap program ini dapat berjalan dengan lancar bagi memastikan para pelajar memperoleh sarapan yang seimbang sebelum memulakan program pengajian di sekolah.

Sumber: Awani

Ikuti kami di :