Penternak China Gemukkan Babi Hingga Sebesar Beruang Kutub

Penternak China Gemukkan Babi Hingga Sebesar Beruang Kutub

Akibat peningkatan harga dan permintaan daging babi yang tinggi berikutan penularan wabak demam babi Afrika yang dikesan di negara China tahun lalu, para penternak di China mengambil inisiatif baru iaitu dengan “menggemukkan” babi peliharaan mereka sehingga mencecah saiz seekor beruang kutub bagi meraih keuntungan dan mengatasi masalah kekurangan bekalan daging kegemaran rakyat republik itu.

Para penternak bertindak membiakkan kumpulan haiwan tersebut sehingga mencecah 500 kilogram berbanding saiz asal sekitar 125 kilogram (kg).

Salah satu lokasi penternakan babi gergasi tersebut terletak di Nanning, ibu kota wilayah Guangxi.

Dilaporkan, proses itu telah memberi keuntungan sehingga tiga kali ganda daripada purata pendapatan bulanan selepas haiwan itu disembelih dan dagingnya dijual.

Menurut salah seorang penternak haiwan itu, Zhao Hailin, dia mahu membesarkan ternakannya itu sehingga mencecah saiz “sebesar mungkin”.

Malah, trend tersebut tidak terhad kepada peladang kecil sahaja, sebaliknya ia juga melibatkan syarikat-syarikat berskala besar di China.

Jelas penganalisis kanan firma Bric Agriculture Group, Lin Guafo, ladang-ladang besar memberi tumpuan kepada peningkatan saiz berat babi sekurang-kurangnya 14 peratus.

“Purata berat babi yang disembelih telah meningkat sebanyak 140kg berbanding saiz normal kira-kira 110kg.

“(Pembesaran saiz) membolehkan keuntungan meningkat lebih 30 peratus,” ujarnya.

Ternakan babi di China menyusut sebanyak 32.2% pada bulan Julai 2019 berbanding bulan sama tahun lalu.

Sumber: Awani

Ikuti kami di :