Singapura Dakwa Telur Puyuh Malaysia Ada Sisa Dadah

Singapura Dakwa Telur Puyuh Malaysia Ada Sisa Dadah

Agensi Makanan Singapura (SFA) mendedahkan terdapat sisa  dadah dikesan pada telur puyuh yang diimport dari sebuah ladang di Malaysia.

Menurut SFA, dadah jenis nicarbazin ditemui digunakan untuk mencegah burung daripada bertelur atau menyebabkan burung menghasilkan telur yang tidak boleh menetas, dikesan dalam telur puyuh berkenaan bulan lalu.

Nicarbazin juga digunakan bagi menghalang jangkitan penyakit parasit dalam ternakan unggas.

Singapura bertindak mengambil langkah menggantung pengimportan telur puyuh dari sebuah ladang penternakan di Malaysia berikutan penemuan sisa dadah berkenaan.

Pekeliling berkenaan penggantungan tersebut sudah dipaparkan pada pada laman web SFA pada 30 September lalu.

“Penggantungan tersebut berkuat kuasa sehingga SGA mendapat pengesahan bahawa ladang itu mengambil langkah bagi memastikan telur mereka yang dikeluarkan tidak mengandungi sisa dadah dan selamat untuk dimakan,” kata SFA.

Tahun lalu, Singapura mengimport kira-kira 17 juta telur puyuh segar dari ladang berkenaan yang merupakan 20 peratus daripada bekalan yang diperlukan negara tersebut.

SFA juga berkata, selain mendapatkan bekalan telur puyuh dan sudah diproses daripada penternak tempatan, Singapura juga mendapatkan bekalan dari beberapa negara seperti Malaysia, China, Taiwan dan Vietnam.

Sumber: SinarHarian

Ikuti kami di :