Subsidi Petrol 2020: Ini Fakta Yang Perlu Anda Tahu

Subsidi Petrol 2020: Ini Fakta Yang Perlu Anda Tahu

Pada pembentangan Bajet 2019 tempoh hari, Kerajaan Malaysia telah mengusulkan mengenai pengenalan program subsidi petrol bersasar bangi menggantikan mekanisme subsidi petrol semasa.

Perkara itu telah diumumkan oleh Datuk Seri Saifuddin Nasution selaku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mengenai mekanisme pembayaran program subsidi minyak berkenaan.

Apa yang menjadi tumpuan ketika ini adalah mengenai cara pembayaran subsidi petrol bersasar yang akan dibayar terus ke akaun penerima yang berkelayakan dan bukan menggunakan kad subsidi seperti yang dinyatakan sebelum ini.

Untuk itu, ada beberapa fakta dan garis panduan yang perlu diketahui mengenai PSP( Program Subsidi Petrol) bagi rujukan anda.

Syarat Kelayakan Penerima Program Subsidi Petrol (PSP)

Untuk anda menerima manfaat PSP, seseorang individu itu haruslah menepati SEMUA syarat kalayakan  yang ditetapkan iaitu:

Jumlah dan jenis pemilikan kenderaan mempengaruhi kadar kelayakan subsidi adalah seperti berikut:

Keputusan penentuan kuota bulanan subsidi petrol 100 liter sebulan bagi pengguna kereta dan 40 liter sebulan bagi motosikal adalah berpandukan kepada kajian jarak perjalanan yang lazim ke tempat kerja dan keperluan harian yang selainnya sejauh 1500 kilometer sebulan atau 50 kilometer sehari.

Jumlah kadar subsidi yang telah ditetapkan untuk kedua-dua jenis kenderaan ialah sebanyak RM0.30 seliter, iaitu julat kadar subsidi yang ditanggung oleh Kerajaan melalui subsidi pukal pada masa ini.

Semakan kelayakan Program Subsidi Petrol (PSP) secara online

Setelah memeriksa syarat kelayakan penerima, status kelayakan PSP boleh dilakukan di laman web rasmi KPDNHEP. Sila klik pautan di bawah: ( Semakan secara online akan bermula pada 15 Oktober!)

Semakan Kelayakan Program Subsidi Petrol

Tarikh bayaran dan mekanisme Program Subsidi Petrol (PSP)

Subsidi petrol akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima yang layak pada suku pertama tahun 2020 dengan jumlah subsidi bagi tempoh 4 bulan (Januari hingga April 2020).

Jumlah yang akan diterima bagi subsidi kereta adalah sebanyak RM120 dan subsidi motosikal sebanyak RM48).

Pengapungan harga runcit petrol RON95

Sila Klik Senarai terkini harga minyak petrol RON95, RON97 dan Diesel

Pengecualian terhadap Sabah, Sarawak dan Wilayah Perseketuan Labuan

Rakyat di Sabah, Sarawak dan WP Labuan dikecualikan daripada pelaksanaan PSP dan pengapungan harga jualan runcit petrol RON95.

Hal ini kerana Kerajaan mengambil kira keperluan penduduk di Sabah, Sarawak dan WP Labuan yang kebanyakannya memandu kenderaan dengan enjin berkapasiti besar yang menggunakan diesel.

Bagi rakyat yang menggunakan petrol untuk bot kecil dan genset di rumah panjang, mereka dapat menikmati subsidi petrol RON95 pada kadar RM2.08 seliter.

Sumber: MYsumber

Ikuti kami di :