
Seorang lelaki warganegara Singapura yang ditahan selepas menjadi suspek utama dalam kes yang tular pada Jumaat lalu berkaitan dengan pembunuhan seorang wanita berumur 27 tahun dan anaknya berusia 11 tahun yang dikerat lapan.
Suspek lelaki berkenaan ditahan berikutan penemuan lapan bahagian anggota badan manusia yang dibuang ke dalam semak di Kampung Ladang, Krubong Khamis lalu.
Kedua-dua mangsa tersebut disyaki dibunuh di rumah teres dua tingkat milik mangsa di Taman Merdeka Jaya sebelum dibuang ke kawasan semak.
Polis juga turut menemui kepala dua beranak yang dibunuh dan dikerat lapan bahagian Khamis lalu, disorok di siling rumah mangsa.
[Update]
Kepala dua beranak yang menjadi mangsa pembunuhan kejam dan dikerat lapan, Khamis lalu ditemui di atas siling rumah mangsa 😭 https://t.co/KHQblRQOhr— MALAYSIA MOST VIRALL (@MALAYSIAVIRALL) October 14, 2019
Suspek bertindak membunuh lalu mengerat 8 seorang wanita dan anaknya berusia 11tahun di kg ladang krubong telah di tangkap. Suspek juga merupakan suami mangsa
Semalam, Ketua Polis Melaka, Datuk Mat Kasim Karim enggan mendedahkan penemuan anggota badan terbaharu iaitu kepala mangsa tersebut kerana dikhuatiri mengganggu siasatan.
Pihaknya juga sedang berusaha mencari bahagian pergelangan tangan yang difahamkan telah dibuang ke dalam tong sampah dan dikutip oleh pekerja pembersihan.
Sebuah posting yang dimuat naik di Twitter turut melaporkan bahawa kepala dua beranak yang menjadi mangsa pembunuhan kejam itu ditemui di atas siling rumah mereka.
Sumber: TheVocket
Ikuti kami di :