Pedofil British, Richard Huckle, Mati Ditikam Di Penjara

Pedofil British, Richard Huckle, Mati Ditikam Di Penjara

Richard Huckle, seorang pedofil Britain yang kisahnya paling diingati kerana melibatkan rangkaian salah laku menjijikkan di Malaysia dan negara serantau ditemui maut ditikam di dalam penjara.

Bekas guru bahasa Inggeris itu sedang menjalani 22 hukuman penjara seumur hidup atas kesalahan melakukan pencabulan ke atas ratusan kanak-kanak di seluruh dunia, ditemui dalam keadaan tidak bernyawa di dalam kurungannya di penjara Full Sutton, East Yorkshire, England, pada Ahad.

Seorang banduan telah ditahan oleh pihak polis dalam siasatan kes pembunuhan.

Portal berita The Sun yang memetik sumber melaporkan: “Kelihatan Huckle seperti ditikam dengan pisau buatan sendiri. Belum pasti sama ada senjata itu sudah ditemui.”

Huckle, 33, mengaku bersalah atas  71 dakwaan pencabulan seksual ke atas 200 kanak-kanak di seluruh Malaysia selama sembilan tahun, dengan beberapa mangsa seawal usia 6 bulan.

Pada Jun 2016, dia dijatuhkan 22 hukuman penjara seumur hidup. Bagaimanapun, itu bermakna, dia akan dibebaskan ketika usianya sekitar 50-an, kerana hukuman itu hanya menegnakan tempoh penjara minumum 25 tahun.

Huckle dilapor telah mencabul sehingga 200 kanak-kanak, kebanyakannya daripada komuniti miskin di Kuala Lumpur ketika berada di Malaysia sebagai guru Bahasa Inggeris pada usia 18 atau 19 tahun.

Penyiasat menjumpai lebih 20,000 gambar dan video lucah Huckle melakukan serangan seksual terhadap mangsa kanak-kanak terbabit.

Rakaman itu kemudian dikongsi Huckle bersama pedofil lain di laman web tersembunyi atau dark web.

Sumber: Awani

Ikuti kami di :