Maut Tumbukan KO

Maut Tumbukan KO

Petinju Amerika Syarikat, Patrick Day meninggal dunia selepas mengalami kecederaan otak yang serius selepas kekalahan KO kepada Charles Conwell minggu lalu, kata promoter tinju, Lou DiBella dalam satu kenyataan.

Petinju kategori super welterweight (63.5 kg) berumur 27 tahun itu menjalani pembedahan kecemasan selepas Conwell melakukan tumbukan KO pada perlawanan di Arena Wintrust, Chicago pada Sabtu lalu.

“Bagi pihak keluarga, pasukan dan juga mereka yang rapat dengan Patrick, kami berterima kasih terhadap semua doa, sokongan dan kasih sayang yang diberikan buat Pat sejak dia mengalami kecederaan,” kata DiBella.

Day, yang mengalami koma selepas pembedahan dijalankan di Hospital Northwestern Memorial, menghembuskan nafas terakhir disamping keluarga dan rakannya.

Petinju Amerika Syarikat itu diusung keluar daripada gelanggang selepas tidak sedar diri susulan knockout pada pusingan ke-10 pada Sabtu lalu.

Day adalah petinju ketiga yang meninggal dunia daripada gelanggang tinju pada tahun ini.

Sebelum ini petinju Argentina, Hugo Santillan meninggal dunia pada Julai lalu di Buenos Aires dan dua hari sebelum itu petinju Russia, Maxim Dadashev meninggal dunia di Maryland.

DiBella dalam kenyataannya berkata beliau berharap kematian Day akan menyedarkan penguasa Amerika Syarikat untuk meningkatkan lagi tahap keselamatan sukan itu.

Ikuti kami di :