Penyanyi Sepanyol Mirip ‘Michael Jackson’ Digesa Buat Ujian DNA

Penyanyi Sepanyol Mirip ‘Michael Jackson’ Digesa Buat Ujian DNA

Siapa yang tak kenal dengan Raja Pop dunia Michael Jackson. Walaupun sudah 10 tahun pemergiannya namun lagu-lagunya masih tetap segar diingatan para peminatnya.

Sehingga kini pelbagai teori masih menyelubungi punca kematian misteri Michael Jackson hingga ada yang beranggapan beliau masih hidup.

Ini yang terjadi pada seorang penyanyi di Sepanyol yang memiliki wajah seiras Michael Jackson diminta untuk melakukan ujian DNA untuk membuktikan dia bukan mendiang Jackson.

Menerusi sebuah video lain yang dimuat naik Sergio Cortes, dia dilihat memiliki rambut keriting berwarna hitam dan mempunyai ciri-ciri yang sama seperti Raja Pop itu.

“Hello kepada semua peminat Michael Jackson, jangan lupa datang beramai-ramai untuk menyaksikan persembahan saya di Hollywood Pattaya pada 23 Disember ini.

“Saya sayang anda semua dan jumpa anda di sana. Saya Sergio Cortes, jumpa lagi,” katanya.

Menurut teori netizen, Jackson berbohong tentang kematiannya dan bekerja sebagai penghibur secara sembunyi.

Rata-rata komen yang membanjiri video tersebut menggesa Cortes mengambil ujian DNA bagi membuktikan teori mereka.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Beat It itu meninggal dunia akibat serangan jantung pada 25 Jun 2009.

Sumber: dailystar.co

Ikuti kami di :