Denda RM10,000 jika merokok di kedai makan mulai 1 Januari 2020

Denda RM10,000 jika merokok di kedai makan mulai 1 Januari 2020

Tindakan penguatkuasaan undang-undang terhadap perokok yang ingkar akan larangan merokok di semua premis makanan akan bermula 1 Januari 2020.

Menteri Kasihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, sehingga kini, pihaknya sedang giat menjalankan penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan selain menekankan aspek pendidikan dalam isu berkenaan.

Mulai 1 Januari depan, perbuatan merokok wajib dilakukan di luar jarak tiga meter atau kira-kira 10 kaki dari setiap premis berkenaan.

Kegagalan mematuhi larangan terbabit menyebabkan perokok didakwa di mahkamah, yang sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM10,000 atau dipenjarakan sehingga dua tahun.

Sumber : Awani

Ikuti kami di :