Siapa Sebenarnya Ultras?

Siapa Sebenarnya Ultras?

“Saya telah lama bermain (bola sepak) dan bekerja bersama skuad kebangsaan Belgium sebelum ini tetapi apa yang saya lihat malam ini, saya berikan pujian tinggi kepada penyokong Malaysia. Apa yang saya lihat sebelum dan selepas perlawanan sungguh menakjubkan.

“Saya sedang menonton mereka (Ultras Malaya) sebelum dipanggil untuk menghadiri sidang media. Saya boleh berdiri 1 jam menikmati persembahan mereka dan saya menghormati mereka.

Itu antara kata-kata ketua jurulatih Jordan, Vital Borkelmans dalam sidang media selepas tamat perlawanan persahabatan antarabangsa diantara Malaysia bertemu Jordan pada Ogos lalu.

Dengan penuh keterujaan menyatakan beliau kagum dengan penyokong Malaysia selepas menyaksikannya dengan mata sendiri dari tepi padang.

Sebelum mengenali ultras Malaya dengan lebih dekat, mari kita mengetahui siapakah sebenarnya golonggan yang digelar ultras ini?

Ultras mula digunakan di Itali sekitar tahun 1950 dahulu.

Mereka dikenali kerana sokongan fanatik terlampau terhadap kelab. Menggunakan tifo, chanting dalam satu kumpulan yang besar, bakar flare, penggunaan banner yang banyak dan macam-macam lagi. Semuanya bertujuan untuk menyatakan sokongan terhadap pasukan dan juga untuk menakutkan pihak lawan.

Segerombolan ultras mampu memberi impak yang besar terhadap keputusan perlawanan. Mereka sangat teratur dan tersusun namun kerap kali tindakan mereka agak terlampau sehinggakan mendatangkan kecederaan dan kematian. Budaya ultras berubah mengikut zaman dan ideolgi mereka juga dipengaruhi oleh banyak sebab antaranya geo-politik, perkauman dan banyak lagi.

Idelogi ultras mula berkembang di Asia sekitar tahun 1990. Sangat baru dan masih banyak cacat celanya. Di Indonesia budaya ultras sangat cepat berkembang oleh banyak sebab, ia wujud sejak 1988.

Ultras Malaya atau UM07

Di Malaysia Ultras Malaya mula wujud secara rasmi pada 2007, mungkin lebih awal. Mereka mempunyai 14 sub dari setiap negeri dan setiap sub memainkan peranan masing-masing dalam komplot mereka.

Ultras Malaya mempunyai kerangka yang sesuai untuk di Malaysia sahaja antaranya tiada wanita dan tiada kanak-kanak dalam curve mereka.

Ultras Malaya pada mulanya hanya mempunyai seramai lebih kurang 20 penyokong setia terdiri daripada Capo (ketua), Curva crew – CC (pembantu ketua) dan Komrad (ahli). Mereka membentuk Ultras Malaya ketika pasukan Malaysia menghadapi Piala Asia 2007 yang diadakan di Malaysia.

Meskipun pernah dilabel sebagai ‘hooligan’ oleh media dan juga peminat bola namun kini mereka dianggap sebagai pemin ke-12.

Pengaruh dan kelibat ultras malaya memberi sokongan kepada pasukan kebangsaan malaysia semakin menampakan kesan , ini kerana mereka telah berjaya menaikkan semangat pemain di padang dengan sorakan tanpa henti walaupun ketika pasukan negara kalah.

Ultras Malaya mulai meningkat perlahan-lahan dari tahun ke tahun sehingga kemuncaknya pada AFF Suzuki Cup 2014 yang mana dianggarkan Komrad telah mencecah puluhan ribu . Keahlian UM07 telah berkembang dari masa ke semasa dengan tertubuhnya divisyen-divisyen Ultras negeri.

Sumber: Wikipedia

Ikuti kami di :