Penyokong Indonesia rosakkan kerusi stadium bernilai RM11,000

Penyokong Indonesia rosakkan kerusi stadium bernilai RM11,000

Sebanyak 44 kerusi bernilai kira-kira RM11,000 dirosakkan penyokong Indonesia ketika perlawanan aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 yang menyaksikan Malaysia menewaskan skuad Garuda 2-0, di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Nik Razeen Adam Daud, berkata laporan kerosakan itu akan diserahkan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam masa terdekat untuk tindakan susulan.

“Setakat ini, terdapat 44 kerusi yang dilaporkan pecah dan perkara itu akan disampaikan kepada FAM, secara kebiasaannya dan mengikut perjanjian sebelum ini, pihak terbabit akan menanggung kos kerugian peralatan stadium.

“Bagaimanapun, prosedur operasi standard (SOP) FAM pula menetapkan sebarang aduan diterima perlu disampaikan kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), kita akan tunggu keputusannya nanti (tindakan susulan laporan kerusi stadium rosak),”

Sementara itu, seorang pengguna Twitter, Nazrin Ahmad menggesa Syed Saddiq untuk meminta Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia, Zainudin Amali tampil bertanggungjawab terhadap kes kerosakan kerusi berkenaan.

“Jika mereka (kerajaan Indonesia) tidak bayar (ganti rugi), panjangkan perkara ini kepada FIFA.

“Ia bagi memastikan Indonesia mendapat pengajaran supaya (bersikap) lebih bertanggungjawab apabila berkunjung ke tempat orang,” katanya.

Sumber : BH

Ikuti kami di :